Friday, February 3, 2012

:::Maulidur Rasul:::

Subhanallah, sedar xsedar xlama lagi kita akan menyambut hari kelahiran nabi junjungan kita, Muhammad s.a.w. saya terasa rindu sangat dengan kekasih Allah bila saya dengar lagu ni,


sangat menyentuh hati...tapi sebenarnya, kita xboleh la bila denga lagu-lagu yang mengingatkan Nabi Muhammad, baru nak ingat baginda...tapi ini adalah salah satu cara untuk kita ingat semula dengan pesanan baginda. sangat banyak pesanan yang baginda tinggalkan, tapi apa y kita selalu buat? MasyaAllah3x, bukan orang lain la, saya skop kan pada diri saya sendiri, banyak khilaf yang saya dah lakukan sebagai umat nabi Muhammad. saya rasa malu sangat, Astaghfirullahalazim,...

Ya Allah Ya Tuhanku,
sesungguhnya pengorbanan kekasihMu suatu masa dahulu amat besar,
tetapi aku sebagai umatnya,
selalu mengabaikan pesanannya ya Allah,
sedangkan baginda terlalu memikirkan kami semasa kewafatannya,
tapi apa yang kami dah lakukan sekarang Ya Allah,
pasti kekasihMu menangis melihat sikap kami Ya Allah,
ampunkanlah segala dosa kami Ya Allah,
kami selalu lalai dan alpa dalam mengingatimu dan kekasihmu,
aku ingin menjadi umat yang mampu membanggakan kekasihmu Ya Allah,
aku sangat teringin untuk melihat wajanya Ya Allah,
maka bantulah diriku untuk bertemu dengannya Ya Allah,
kerana engkaulah yang maha mengatur segala-galanya,
bantulah diriku untuk aku selalu mengingati kekasihmu itu Ya Allah,
dan juga selalu mengingatimu,
kerana aku tahu,
aku pegang dua amanah tika masa aku dilahirkan ke dunia ini,
iaitu untuk menjadi khalifah dan juga hamba,
tetapi,
hingga hari ini,
apa yang telah aku lakukan?
aku dah hidup selama 18 tahun 8 bulan,
tetapi, aku tak tahu,
berapa banyak aku telah perjuangkan agamaMu,
yang pada masa dahulu diperjuangkan oleh kekasihMu,
hingga luka berdarah,
baginda terpaksa hadapi dugaan yang sangat berat,
tetapi aku Ya Allah?
dugaan yang sedikit ini pun aku tak berani hadapi,
apa gunanya aku ni Ya Allah,
Ampunkan lah segala dosa ku Ya Allah,
dosa kecil dan dosa besarku Ya Allah,
kerana Kau adalah Tuhanku yang maha pemurah,
maha penyayang lagi maha pengampun.




2 comments:

faaizz d. zul said...

salam alayk'
salam ceria
salam maulid Al-Rasul.

semoga kita semua dilimpahi syafaat oleh Rasulullah dan diberkati Allah.


jom berselawat.
آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ

=)

faten^.^ said...

wslm ya akhi :) yup, jum kita banyakkan selawat :D
آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ