Thursday, May 24, 2012

antara aku dan dia

walaweeeee, mende punye tajuk ni wey? hang da ada yang punya ke pe? *stop!*

haaa, Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 
tajuk tu? xdak pa sbnarnya, heee.
saya nak cerita pasal IKHTILAT, so nak buat tajuk sedap sikit, tulis la mcm tu kan, 
mesti ada orang yang akan baca, (oke, perasan).



-----------------------------------------------------------------------------
\
Bismillahirrahmanirrahim, drp Allah aku mendapat Ilham dan kpd Allah juga aku berserah.

do you know what is IKHTILAT means? yeah, pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim.
Islam dah tunjukkan jalan dan cara yang betul dan sempurna untuk pergaulan antara perempuan dan juga lelaki ni. 

sebabnya adalah dalam Islam, Islam sgt menjaga insan yang bernama PEREMPUAN / WANITA.
Dan cabaran akhir zaman adalah fitnah wanita yang berleluasa.

antara salah satu faktor yang boleh menyebabkan wanita terkena fitnah adalah ikhtilat!

just imagine, nama kita (kita sebab sy seorang wanita) selalu disebut-sebut oleh lelaki2 sebab kita ada couple.
----------------------------------------------------------------------------------------------------
“wey, kau tau x, nazri couple dgn timah sekarang”
“timah mana?”
“alah timah, y suka tegur2 kita tu, y bajet comel tu”
“oh, ye ke? Bila?”
“dah seminggu rasanya sebab aku tgok dia berkepit je dengan nazri, kat fb pun da tukar status”
“oh, padanla masa tu aku nampak gambar diorang berdua, diorang ada post kat fb”

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Astaghfirullah! MasyaAllah!
Wahai wanita, kamu tidak malu ke? Kamu tidak segan ke apabila namamu dipermainkan sebegitu sekali oleh lelaki2?
Mereka jadi tidak menghormati kamu kerana kamu sendiri TIDAK MENGHORMATI DIRI SENDIRI.

Tanamkanlah sifat malu tu wahai wanita.

#tadi cerita lain, yang ni cerita lain ok.

Untuk yang mempunyai organisasi dan jemaah yang membawa dakwah, kita akan sentiasa diuji dengan perkara ikhtilat ni.
Kadang2 kita rasa mcm ok je kalau jumpe berdua sebab nak bincang hal yang berkaitan dgn sesuatu program tu dan di khalayak orang ramai.
TAPI, tidakkah kita perasan akan ada mata-mata yang memandang?

----------------------------------------------------------------------------------------------------
“eh, akak tu pakai tudung labuh, abang tu pulak pakai kopiah, boleh pulak jumpa berdua je macam tu?”

“diorang bincang hal penting kut, kan tengah ramai orang kat sini”

“tapi boleh ke berdua je macam tu? Kalau mcm tu aku boleh la nak jumpa pakwe aku untuk bincang hal family kitorang kat depan orang ramai, sebab kitorang nak bincang benda yang penting, so xde la jadi fitnah”

“hey, mana boleh macam tu! Kalau kau nak jumpa pun, bawakla teman, walaupun ramai orang, tapi kalau dah berdua, kan syaitan tetap akan goda”

“habis tu, apa bezanya dengan diorang? Sebab diorang sume tutup litup tapi aku kurang tertutup? Macam tu? Syaitan memilih orang ke nak goda? Kalau aku kena cari teman, habis diorang? Bukan ke diorang pun manusia jugak sama macam aku?”
“………speechless…………….”
----------------------------------------------------------------------------------------------------

*ok, contoh y ni ada pro and cons, tapi cuba ambil pengajarannya.

This is the fact! The real fact!
Allahuakbar. Astaghfirullah.
Cuba kita bayangkan, kita dah bertutup litup semua, tapi ikhtilat xdapat nak jaga.
Malunya xterkata.

Wahai wanita bidadari dunia, harga dirimu tidak ternilai.
Sangat tidak ternilai.
Allah dah kurniakan hidayah untuk kamu untuk kamu menutup diri kamu sesempurnanya, tapi jagalah dirimu sebaiknya sebanding dengan pakaianmu.
Janganlah lakukan sesuatu perkara yang boleh memalukan dan memberi fitnah ke atas dirimu.
Kerana ia akan beri kesan yang negatif pada insan-insan yang ingin mencari sinar Islam.

#Adab untuk berjumpa dengan Muslimin
1.     Mestilah jumlah muslimat lebih ramai daripada Muslimin.
2.     Jaga jarak anda.
3.     Jaga tutur kata (xpayahlah nak bergelak sakan n manja2 sgt)
4.     Ingat, anda boleh jadi fitnah kalau xjaga adab .
5.     Jangan cakap benda yang lagha.


Ok lah, kalau nak cakap fasal ikhtilat ni memang panjang sangat2.
Apa yang saya tuliskan ni x lari x bukan sebab nak ingatkan diri y sgt peramah ni semula.

*kalau kita nak suami yang pandai jaga ikhtilat, kita kena la pandai jaga ikhtilat, kan?* 

 jadilah permata yang dicari, bukan kaca yang mudah untuk dijual-beli.

*saya masih lagi dlm proses memperbaiki diri*

Wednesday, May 23, 2012

end of 3rd sem



Alhamdulillah, dgn ini diisytiarkan bahawa sem 3 da pn berakhir apabila paper dinamik berakhir. 

dan selepas ini akan menghadapi tahun 2 :)

besar dah, sbb da nak dpt junior.

-------------------------------------------------------------
sesungguhnya setiap apa yang berlaku telah ditakdirkan oleh Allah.

saya ada belajar sesuatu di saat akhir sem ni,

iaitu belajar untuk tidak melebihkan dunia daripada akhirat

belajar tu belajar jugak, tp apa guna belajar tp xde berkat?

"maka nikmat Aku yang mana yang engkau dustakan?"

sentap bila ulang ayat tu balik!

waktu malam adalah nikmat yang Allah beri pada hambaNya utk berehat

so, buat apa study sampai lewat pagi?

(kalau saya mmg buku y baca sy la kalau study 2 3 pagi)

------------------------------------------------------------------------

Thursday, May 17, 2012

Selamat Hari Guru

16 mei 2012 , xkiralah taun bile pn, y penting 16 hb tu mmg hari guru.

disini saya nak ucapkan selamat hari guru kepada semua guru yang telah mengajar saya dri sekolah tadika, sekolah rendah, menengah dan jugak universiti.memang xterbalas jasa kalian.

tapi ada jasa yang lebih besar daripada cikgu2 yang mengajar kat sekola ni.

OUR PARENTS! hoyeaah, mak abah, terima kasih sebab dah jadi cikgu yang terbaik buat Faten. banyak perkara yang Faten belajar daripada mak abah.

mak, terima kasih sebab disiplinkan Faten dalam pemakaian tdung sejak kecik lg, Alhamdulillah, segalanya sangat berbaloi. terima kasih jugak kat mak sebab banyak ajar Faten tentang adab dan segalanya untuk menjadi seorang wanita (termasuk masak dan manjahit). sangattt bersyukur sebab dapat mak macam mak, terima kasih mak! (kadang2 terfikir, agak2 macam mana beratnya hati mak utk lepaskan satu2nya anak perempuan dia ni kat lelaki (suami) dia nanti, mesti sedih sgt kan, sometimes i can feel it by replacing me at her place). ouh, can't imagine.

abah, terima kasih kat abah sgt2. walaupun abah xbiasa ungkap perkataan sayang tu, tapi Faten tahu abah sygkan anak2 abah kan. terima kasih sebab jadi cikgu kesungguhan buat diri Faten, walau abah penat macam mana pun, abah mesti kerja kan.

the moment that i most remember was when i call abah, n i say, "abah, Faten takut la nk exam, xyakin" then abah said, "alah, xde pape la, exam je, jgn lupa baca ayat kursi n Fatihah semua, insyaAllah boleh je, xde pape lah," right after abah ckp mcm tu, air mata terus jatuh. i admit, xpandai nak bercakap n mintak nasihat abah, tapi bila dapat nasihat daripada abah, ALLAHUAKBAR, nikmat kebahagiaan tu sangatlah besar! (mse ni nk exam kat u tau, bukan sekolah2 punye, sbb sgt nervous, subjek gile killer, heee)

okay, admit, sy cpat tacing, suka sangat menangis T.T . tapi tulah satu nikmat sebenarnya. so my present for all my teachers is my du'a after every prayer. n for my parents, i will do anything to upgrade ur darjah infront of Allah, because my love for both of u, cannot say through present or words.

THANK YOU TEACHERS!xD

Monday, May 14, 2012

:::Thank You:::


Alhamdulillah, pada hari ini 12.5.2012 (tp post lmbat sikit) saya dah menjangkaui usia 19 tahun. Da besar dah kan. waaaahhhhhhhhh. da last belasan tahun, haishhh. kalau ikut mak, umur 20 da kawen da. time2 skrang da tunang, tp tu mak, sy lain sikit. hahahaha. ok, stop merepek.

1st of all nak ucap TERIMA KASIH y xterhingga buat mak abah sebab dah besarkan saya sampai dah xboleh nak besar dah (haha, gimik je, boleh je nk besar lagi, insyaAllah). Nak ucap THANKS sesangat kat my bestiess, Che’ Siti Nor’Ain, Sharina Husna, Mazliza Badrulsham n Nasuha Azahari sebab buatkan video utk sy J sgt tacingggg. Terharu sangat, uhibbukum fillah abadan abada! Terharu jugak sbb ada akak tu wish kt sy right after 12 a.m. padahal bru je rapat ngan dy, xsmpai setahun pn. Terharu sangat sebab dia ingat birthday sy hehe (tp kt fb ad show jgak, so no wonder, just think positive ler).

Thanks jugak kepada semua y wish kat fon n fb, xlupe jgak y buatkan birthday wishes photo (y ni sgt terharu, heee). SEMOGA DOA KALIAN ALLAH MAKBULKAN DAN KALIAN PUN AKAN DAPAT SEPERTIMANA KALIAN DOAKAN BUAT SAYA.     

y ni mimi buatkan, tgok spec da tau da ni pic time bile (form 5 kut, hoho)


y ni pulak daripada senior (kawan se kelab)

dan y ini drp 'mummy' usrah sy, heee (y ni pling lambat dpt tp pling suka)



Alhamdulillah, bersyukur sangat meskipun xdela celebrate sgt tp ttp bersyukur sbb Allah msih lg beri saya ruang dan peluang untuk hidup di usia 19 tahun ni. UHIBBUKUM FILLAH ABADAN ABADA~~~

ALLAH jadikan kita sebagai khalifah dan abid, so gunakan peluang ni sebaiknya =D

Monday, May 7, 2012

I AM SELFISH!



I’m selfish! YEAH, THAT’S RIGHT, I’m selfish! Peduli apa saya, saya memang pentingkan diri sendiri. But why? Because, I don’t want you to blame on me in Akhirat. And I don’t want you to steal my reward! That’s why I’m very selfish!


 Dan sebab tu jugak saya nak sampaikan dakwah pada orang lain. Saya sampaikan dakwah kpd orang lain sebab saya sangat2 pentingkan diri sendiri. Nanti kat akirat, ada ke orang y bermurah hati nak bg saya pahala?xde kan, nk ambik pahala org lain ada lah. Sama ada kamu terima atau tidak apa yang saya ingin sampaikan, saya peduli apa (mata ke atas, tangan di dada, huhu).


Saya xminta untuk kamu semua berubah kerana saya, tapi saya nak kamu semua berubah kerana Allah. Why? Sebab perubahan itulah yang kekal. Ustaz saya ada beritahu (xingat sama ada ni ayat Allah atau kata2 Rasulullah), tidak ada benih yang kita tanam hari ni, esok dah jadi pokok yang besar. Sama jugak macam dakwah. Kita takkan dapat hasilnya dengan hari ni cakap, besok dah jadi. Kalau macam tu senang la jalan dakwah ni. Kenapa Allah buat jalan dakwah ni susah? Ni yang Allah katakan dalam surah as-saff ayat 10-11,


“wahai orang-orang yang beriman! Mahukah kamu aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu daripada azab yang pedih? (iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui”


Liku-liku yang ada pada jalan dakwah ni lah yang Allah katakan sebagai satu perdagangan. Kita bayar dengan segala pengorbanan, iaitu pengorbanan harta dan jiwa, Allah bagi kita syurga Adn’ yang mengalir dibawahnya sungai-sungai (heh, taknak ke syurga Allah tu? Kalau taknak turun tangan).
Back to the topic. Kenapa saya sure gile nak jadi selfish? Sbb kalau saya jadi yang mudah untuk berdemokrasi (bukan pilihan raya) , ten termakan pujuk rayu, then saya dah xsebarkan dakwah, apa jadi pada saya kat akhirat nanti? X ke lalang jadinya tu?


Saya taknak, masa dibicarakan di akhirat nanti, tengah sesedap nak masuk syurga, tetibe ada suara2 sumbang yang mengadu pada Allah, “Ya Allah, kenapa Kau benarkan Faten masuk ke syurgaMu sedangkan aku tidak? Kenapa Kau biarkan orang yang tahu kebenaran tetapi tidak sebarkan kepadaku masuk ke syurga?”. Saya xsanggup nak jawab dengan “err err err”. Tapi saya nak jawab, “Ya Allah, tangan ku, lidah ku, kaki ku akan menjadi saksi penyebaran agamaMu ya Allah. Aku sudah sebarkan kepada dia, Cuma dia yang tidak mahu mendengar ya allah,”.


Dan dakwah ni sebenarnya yang akan membantu diri kita untuk melakukan perubahan. Allah ada berfirman dalam surah As-Saff ayat 2-3,


“wahai orang-orang yang beriman! Kenapa kamu tidak mengerjakan sesuatu yang kamu perkatakan? ⃝ (itu) sangatlah dibenci Allah jika kau mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan,”


Ayat ni sangat-sangat menggetarkan jiwa saya. Sangat sangat!