Thursday, May 24, 2012

antara aku dan dia

walaweeeee, mende punye tajuk ni wey? hang da ada yang punya ke pe? *stop!*

haaa, Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 
tajuk tu? xdak pa sbnarnya, heee.
saya nak cerita pasal IKHTILAT, so nak buat tajuk sedap sikit, tulis la mcm tu kan, 
mesti ada orang yang akan baca, (oke, perasan).



-----------------------------------------------------------------------------
\
Bismillahirrahmanirrahim, drp Allah aku mendapat Ilham dan kpd Allah juga aku berserah.

do you know what is IKHTILAT means? yeah, pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim.
Islam dah tunjukkan jalan dan cara yang betul dan sempurna untuk pergaulan antara perempuan dan juga lelaki ni. 

sebabnya adalah dalam Islam, Islam sgt menjaga insan yang bernama PEREMPUAN / WANITA.
Dan cabaran akhir zaman adalah fitnah wanita yang berleluasa.

antara salah satu faktor yang boleh menyebabkan wanita terkena fitnah adalah ikhtilat!

just imagine, nama kita (kita sebab sy seorang wanita) selalu disebut-sebut oleh lelaki2 sebab kita ada couple.
----------------------------------------------------------------------------------------------------
“wey, kau tau x, nazri couple dgn timah sekarang”
“timah mana?”
“alah timah, y suka tegur2 kita tu, y bajet comel tu”
“oh, ye ke? Bila?”
“dah seminggu rasanya sebab aku tgok dia berkepit je dengan nazri, kat fb pun da tukar status”
“oh, padanla masa tu aku nampak gambar diorang berdua, diorang ada post kat fb”

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Astaghfirullah! MasyaAllah!
Wahai wanita, kamu tidak malu ke? Kamu tidak segan ke apabila namamu dipermainkan sebegitu sekali oleh lelaki2?
Mereka jadi tidak menghormati kamu kerana kamu sendiri TIDAK MENGHORMATI DIRI SENDIRI.

Tanamkanlah sifat malu tu wahai wanita.

#tadi cerita lain, yang ni cerita lain ok.

Untuk yang mempunyai organisasi dan jemaah yang membawa dakwah, kita akan sentiasa diuji dengan perkara ikhtilat ni.
Kadang2 kita rasa mcm ok je kalau jumpe berdua sebab nak bincang hal yang berkaitan dgn sesuatu program tu dan di khalayak orang ramai.
TAPI, tidakkah kita perasan akan ada mata-mata yang memandang?

----------------------------------------------------------------------------------------------------
“eh, akak tu pakai tudung labuh, abang tu pulak pakai kopiah, boleh pulak jumpa berdua je macam tu?”

“diorang bincang hal penting kut, kan tengah ramai orang kat sini”

“tapi boleh ke berdua je macam tu? Kalau mcm tu aku boleh la nak jumpa pakwe aku untuk bincang hal family kitorang kat depan orang ramai, sebab kitorang nak bincang benda yang penting, so xde la jadi fitnah”

“hey, mana boleh macam tu! Kalau kau nak jumpa pun, bawakla teman, walaupun ramai orang, tapi kalau dah berdua, kan syaitan tetap akan goda”

“habis tu, apa bezanya dengan diorang? Sebab diorang sume tutup litup tapi aku kurang tertutup? Macam tu? Syaitan memilih orang ke nak goda? Kalau aku kena cari teman, habis diorang? Bukan ke diorang pun manusia jugak sama macam aku?”
“………speechless…………….”
----------------------------------------------------------------------------------------------------

*ok, contoh y ni ada pro and cons, tapi cuba ambil pengajarannya.

This is the fact! The real fact!
Allahuakbar. Astaghfirullah.
Cuba kita bayangkan, kita dah bertutup litup semua, tapi ikhtilat xdapat nak jaga.
Malunya xterkata.

Wahai wanita bidadari dunia, harga dirimu tidak ternilai.
Sangat tidak ternilai.
Allah dah kurniakan hidayah untuk kamu untuk kamu menutup diri kamu sesempurnanya, tapi jagalah dirimu sebaiknya sebanding dengan pakaianmu.
Janganlah lakukan sesuatu perkara yang boleh memalukan dan memberi fitnah ke atas dirimu.
Kerana ia akan beri kesan yang negatif pada insan-insan yang ingin mencari sinar Islam.

#Adab untuk berjumpa dengan Muslimin
1.     Mestilah jumlah muslimat lebih ramai daripada Muslimin.
2.     Jaga jarak anda.
3.     Jaga tutur kata (xpayahlah nak bergelak sakan n manja2 sgt)
4.     Ingat, anda boleh jadi fitnah kalau xjaga adab .
5.     Jangan cakap benda yang lagha.


Ok lah, kalau nak cakap fasal ikhtilat ni memang panjang sangat2.
Apa yang saya tuliskan ni x lari x bukan sebab nak ingatkan diri y sgt peramah ni semula.

*kalau kita nak suami yang pandai jaga ikhtilat, kita kena la pandai jaga ikhtilat, kan?* 

 jadilah permata yang dicari, bukan kaca yang mudah untuk dijual-beli.

*saya masih lagi dlm proses memperbaiki diri*

No comments: