Monday, April 30, 2012

tengah2 search kt youtube video tentang Habib Ali Al-jufri, terjumpa video ni...



ada 4 cara:
1. perbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad, sekurang2nya 300x pagi dan petang.
2. agungkan sunnah Rasulullah
3. berkhidmat kepada ummat Muhammad.
4. jiwa kena sentiasa cintakan Rasulullah.

SOLLU 'ALA SAIDINA MUHAMMAD WAALA ALIHI WASOHBIHI WASALLAM

Sunday, April 22, 2012

:::the day that i will remember!:::



ALHAMDULILLAH! ALHAMDULILLAH!  ALHAMDULILLAH! MASYAALLAH! MASYAALLAH! MASYAALLAH! SUBHANALLAH! SUBHANALLAH! SUBHANALLAH!

Tiada kata seindah bahasa untuk menggambarkan betapa gembiranya hati apabila ulama yang sangat disegani dan disayangi, yang paling penting, daripada keturunan Rasulullah sendiri, datang ke bumi UTHM! Saat paling indah apabila nampak Habib Umar Al-Hafiz keluar daripada bahagian mimbar masjid. Walaupun saya hanya mampu lihat di skrin sahaja (sebab muslimat xbole naik atas sebab da reserve untuk Muslimin sahaja) so itu je lah yang saya mampu lakukan. Rehlah Dakwah Habib Umar Al-Hafiz ke Malaysia telah sampai di bumi UTHM pada 19/4/2012 yang lepas.


Habib Umar bin Al-Hafiz adalah ulama daripada keturunan Rasulullah iaitu daripada puteri Rasulullah sendiri, Fatimah r.a.. Sungguh! Masa saya terbaca tentang salasilah keluarga beliau, saya rasa SUBHANALLAH! Gembiranya hati ni, hanya Allah yang tahu. KETURUNAN RASULULLAH, saya sedang berhadapan dengan keturunan Rasulullah! Saya tak pernah jumpa dengan Rasulullah, tapi Allah dah tentukan bahawa diri saya dah termaktub di luh mahfuz bahawa saya akan berjumpa dengan keturunan baginda. Syukur tak terhingga hingga mampu menitiskan air mata. Ya Rahman, Ya Rahim, aku rindukan kekasihMu ya Allah. Berikanlah diriku kesempatan untuk berjumpa dengan kekasihMu ketika di akhirat nanti ya Allah.

Apabila saya lihat wajah Habib Umar itu sendiri,  saya dapat rasakan satu ketenangan dalam jiwa ini. Saya mahu jadi seperti Habib. Hadirnya beliau pada masyarakat memberi 1001 pengajaran buat diri semua orang. Beliau datang ke Batu Pahat sempena memperingati hari kematian Habib Ali bin Jaafar (juga daripada keturunan Rasulullah, tapi saya tak dapat nak pastikan Habib Ali Jaafar dengan Habib Umar ni bagaimana pangkatnya, yang penting mereka sama keturunan) Habib ali Jaafar tinggal di Batu Pahat, Johor (seriously, saya baru tahu ada keturunan Rasulullah di Malaysia) KENAPA TAK PERNAH ADA YANG MEMBERITAHU SAYA? Ya, sebab media banyak tunjukkan artis-artis baru tapi bukan ULAMA-ULAMA BARU!  

Walau bagaimanapun, saya tetap amat-amat bersyukur kerana Allah pilih saya untuk berjumpa dengan beliau, meskipun tidak dapat bertemu secara empat mata dengan beliau tapi saya tetap bersyukur. Tapi apa yang lagi best masa Rehlah Dakwah hari tu, RAMAI SANGAT Muslimin yang pakai jubah putih dan berserban. Dengan wangian minyak atar dan minyak-minyak yang datang dari Mekah rasanya, sebab baunya sangat kuat dan wangi. Saya terasa seperti berada di syurga dunia (syurga Allah adalah yang tidak pernah nampak di mata, yang tidak pernah dengar di telinga dan yang tidak pernah terlintas di hati, sangat INDAH!)


Banyak pesanan yang habib bagi, dan yang pasti air mata ni tak henti mengalir daripada first habib cakap sampailah akhir. Sangat-sangat menyentuh perasaan. Dan apabila Habib bacakan doa “serulah nama Allah” aku rasa Allah sedang pandang diriku. Allah sedang “zoom” pada setiap diri yang ada pada malam itu, bahagia sangat. Maaflah, saya tak mampu nak gambarkan dengan kata-kata akan perasaan ni. kat sini ada link video masa Habib Umar datang UTHM hari tu. Semoga kita sama-sama menerima manfaat daripada perkongsian ini. Wallahualam.   

~AKU SANGAT RINDUKAN DIRIMU WAHAI RASULULLAH~


Monday, April 9, 2012

::: sahabat=ukhuwah :::




Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah, Allah masih lagi beri saya kesempatan untuk mencoret sedikit luahan hati saya. Entry kali ni macam special sikit sebab kali ni saya nak tujukan pada sahabat-sahabat saya =D

Pejam celik pejam celik, tup tup da sem 3 da kita sekarang kan. Dah hampir setahun dah kita kat UTHM ni. Selama hampir setahun ni, banyak perkara suka dan duka yang kita sama-sama harungi. Dalam masa hampir setahun ni jugak lah banyak benda yang kita share sama-sama. Dalam masa hampir setahun ni jugak lah kita berda sama-sama di atas landasan tarbiyyah yang sama-sama mengubah diri kita, InsyaAllah. Sesungguhnya aturan Allah itu adalah aturan yang terindah buat diri kita. Meskipun pada mulanya tak dapat accept sebab dapat kat UTHM je tapi sebenarnya Allah dah aturkan sesuatu buat diri kita, Allah pertemukan kita untuk kita sama-sama mendalami Islam, untuk kita sama-sama perbaiki diri sendiri. SUNGGUH! Nikmat ni adalah nikmat yang sangat indah buat diriku. Allah dah kabulkan doa aku iaitu dengan mempunyai sahabat yang dapat memahami diriku. Aku ingat Allah tak kabulkan doa masa kat TiJB dulu, tapi rupanya Allah sedang mengkabulkannya sekarang. (I was wondering, padanla Rina asyik ada dengan aku je kan, hahahaha, kidding, heeeee)



Meh aku (guna aku sebab macam xmasyukk lak kalau guna saya utk keadaan yang tak formal ni, hee)  cerita sikit macam mana kita jumpa dulu. Kalau dengan Rina, sure2 la dari TiJB. Tapi dulu pun xdela baik sangat kan, haha, asyik nak tacing je aku dgn kau, haha. Oke, back to the story. Alhamdulillah, dah jejakkan kaki kat Universiti, tapi aku rasa aku nakkan sesuatu. Aku tahu apa yang aku nak, jadinya, aku jinak-jinakkan lah kaki aku ni untuk melangkah ke surau Kolej Kediaman Tun Fatimah (atau digelar Ar-Raudhah). Then kat situlah aku kenal korang, Che’ E, Bie, Maz, Kija, Tikah, Husna (nama manja Rina kt UTHM), Nasuha, Ain Balqish, Sue, Pinad, Azah, Adah dan ramai lagi (sometimes, I got short term memory, maaf ae, hehe). Tambahan, akak-akak UTHM y selalu turun Raudhah, kak Saadah (y paling disayangi, huhu), kak Tika, kak Yana, kak Nad, kak Fadh, kak Dayah, kak Anis dan ramai lagi kak2.  Sem 1 kita bermesra dan saling mengenali, sem 2 kita rapat, sem 3? Kita mantapkan lagi ukhuwah. Sem seterusnya? Wallahualam, sangat berharap hubungan kita takkan terputus sampai Jannah.

Nak bagitahulah kan, perkenalan kita sangat2 membahagiakan diri aku, sebab dengan korang lah aku dapat baaaanyaaaakkkk sgt input yang dapat mengubah hidup dan diri aku sendiri. Dengan korang lah aku menangis, dengan korang lah aku gembira, dgn korang aku bermanja dan dgn korangla aku menggedik (haha, ada ke?mcm xde je). Tapi, lumrah hidup, bahawa sesuatu perkara tu takkan kekal. Aku nak kaitkan dengan ayat ni,

“…Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu perkara itu padahal itu baik bagi diri kamu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu perkara itu padahal ia tidak baik buat dirimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui,”
(Al-Baqarah : 216)

Untuk berpisah dengan korang, bukan itu cita-cita aku. Seriously, bukan itu cita-cita aku. Hari-hari kita sama-sama memantapkan iman kita, hari-hari kita sama-sama tadabbur ayat Allah. Bukan senang nak dapat sahabat macam korang, sekali dapat, MasyaAllah! Indah nya ukhuwah ni. Tapi kita hanyalah manusia, kita boleh merancang, tapi Allah yang menentukan. Kita tak tahu apa akan jadi pada masa hadapan. Allah dah tentukan yang terbaik buat diri kita. Bak kata Rina, ada hikmah di sebalik apa yang terjadi. Allah dah tulis bahawa kita semua tak dapat duduk di tempat kediaman yang sama (Wallahualam, mungkin miracle tiba2 kita dapat duduk TF semula, tak siapa tahu kan?). Alhamdulillah, bersyukur sbb rezeki aku masih lagi kat TF. Aku tahu korang sedih, tapi aku LAGI sedih daripada korang, nanti siapa nk turun surau sama2 dgn aku? Tapi aku dah belajar sesuatu, Allah pertemukan kita, untuk kita mantapkan iman kita (walaupun belum cukup mantap dan xpernah cukup mantap sebab kita hanya manusia biasa), sekarang Allah dah tentukan kita untuk kita berpisah untuk kita sebar luaskan lagi dakwah. Dah macam momentum fizik dah, Inelastic motion. Berjumpa dan berpisah serta bertebaran di atas muka bumi Allah untuk memberi pada orang lain pulak apa yang kita dah dapat sebelum ni, kan?




Aku jadi terfikir perkara-perkara ni semua lepas Rina nangis (bukan senang nak tgok Rina nangis tau!) hehehe. Allah maha mengetahui apa yang terbaik buat diri kita. Meski jasad kita terpisah, tapi hati kita tetap dekat, ye dak? Walau macam mana pun, phone number semua ada, ye dak? Fb pun ada, twitter? Still lagi bole berhubung. Kalau ada program, nanti inform2 then nanti boleh kita jumpa, ye dak?  Apa2 pun, doa aku untuk kalian, takkan pernah aku lupa, sebab kalian lah sahabat aku (semua kawan2 aku pun sahabat aku, jgn terasa ye kalau xmention nama, hehe). Aku nak buat puisi untuk korang.


Bukan cita-citaku untuk berpisah dengan dirimu,
Bukan niat ku untuk berjauhan dengan dirimu,
Tapi, kita hanya hamba,
Hamba yang hanya mampu merancang,
Tetapi Allah ada percaturanNya yang tersendiri,
Bukan cita-citaku untuk menyakiti hatimu,
Bukan niat ku untuk menyedihkan dirimu,
Tetapi,
Aku hanyalah aku,
Dan kamu adalah kamu,
Yang sama-sama ada kekurangan,
Yang sama-sama serba kedaifan,
Di saat kita saling mengingati,
Itulah saat yang terindah buat diriku,
Di saat kita saling melengkapi,
Itulah saat yang sangat bernilai buat diriku,
Sekarang dan selamanya,
Doaku tetap ada untuk dirimu,
Agar dikau sentiasa mengingati diriku,
Maafkan segala kekhilafan diriku,
Halalkan segala makan minumku,
Sahabat, dikau sangat bermakna buat diriku.

khas untuk dirimu wahai sahabat =')