Thursday, November 10, 2011

saje je nak post pasal video ni...sebab dia beeeessssstt! :)

:::fikirkan yang terbaik untuk menjadi yang terbaik:::



Wahai hati-hati yang dimiliki oleh Allah, ingatlah bahawa hidupmu tidak lama. Carilah Tuhanmu sebelum Tuhanmu menjemputmu pulang ke hidup yang selama-lamanya. Beragamalah dengan sesungguhnya kerana hanya pada Dia tempat yang selayaknya untuk meminta pertolongan dan yang sepatutnya disembah. Setiap musibah yang menimpa pasti akan ada jalannya, jika dirimu benar-benar mencarinya. Bukan pada alam juga bukan pada manusia untuk kita mengadu dan berharap agar masalah kita akan selesai, kerana segala jalan penyelesaian ada pada Allah. Manusia dan alam hanyalah satu perantara yang Allah ilhamkan agar dapat mencerahkan lagi jalan penyelesaianmu itu.

Dan ingatlah ketika Tuhan kamu memberitahu,” Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya aku akan menambahkan nikmatku kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu mengingkarinya (kufur nikmat), maka sesungguhnya azab-Ku adalah keras” (Ibrahim 14:7) 







Antara IJAZAH dan RISALAH

Fokus pada apa yang anda lakukan. Andaikan anda sedang memegang satu kanta pembesar dan halakan pada satu objek, misal kata bunga. Jika kanta pembesar itu dihalakan ke arah bunga, objek apa yang kita akan nampak, mestilah bunga! Tetapi saiznya lebih besar. Mari kita sinonimkan dengan fokus. Tuliskan pada satu kertas, apakah matlamat anda. Ambil satu kanta pembesar dan halakan pada kertas itu, apakah yang anda nampak? Matlamat anda semakin membesar! Kita gantikan kanta pembesar dengan satu perkataan FOKUS. Apakah yang anda akan dapat? Fokus pada matlamat! Ya, fokus pada matlamat. Apa matlamat anda? Untuk menggenggam segulung ijazah? Fokus pada matlamatmu itu. Tetapi adakah cukup hanya sekadar ijazah? Satu perkataan lagi yang ingin saya tambah ialah risalah. Antara IJAZAH dan juga RISALAH.

 Jika diberikan ruang kotak di tepi kedua-dua perkara itu, apakah yang bakal anda tandakan? Adakah ijazah atau risalah? Jika anda berjaya menggenggam segulung IJAZAH ia adalah satu penghargaan kerana anda telah berjaya menamatkan ilmu dunia di Institusi Pengajian Tinggi. Jika anda berjaya menggenggam sebuah RISALAH pula ia adalah satu penghargaan oleh Allah kerana anda telah berjaya mendapatkan ilmu dunia dan juga akhirat. Nah, mana lagi untung? Ijazah atau risalah? Ijazah sahaja atau risalah sahaja? Ataupun kedua-duanya? Pilihlah yang mana anda hendak pilih kerana pilihan ada di tangan anda. Mungkin dengan segulung ijazah sahaja anda mampu memperoleh penghormatan daripada manusia. Tetapi lagi untung jika anda mampu menggenggam ijazah dan juga risalah kerana anda mampu memperoleh penghormatan daripada manusia dan juga daripada yang maha pengasih. Siapa yang tidak mahu memperoleh penghormatan daripada yang maha pengasih? Suatu penghormatan yang mampu menyelamatkan kita ketika berada di alam akhirat. Apabila tiba saat kita ditimbang, lalu dengan penghormatan Allah kerana kita mampu menggenggam sebuah risalah, secara automatik pintu-pintu syurga terbuka kepada kita. SUBHANALLAH.

Coretan Pengalaman

Di sini  ada satu cerita. Saya Cuma ingin berkongsi pengalaman sahaja. Semasa dalam perjalanan saya menuju ke Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru untuk mengambil sijil SPM saya, saya menggunakan pengangkutan awam iaitu bas (sebab saya cuma ada lesen motor sahaja, takkanlah nak bawak motor dari Simpang Renggam ke Johor, memang cari nahas). Semasa dalam  perjalanan ada sekumpulan warga Asing (saya rahsiakan siapa golongan tersebut) lelaki naik bas. Saya dah biasa dah dengan keadaan tu. Sebab jarang saya nampak orang Melayu yang naik bas, mungkin taraf hidup mereka lebih baik. Tapi apa yang membuatkan saya tidak biasa, sekumpulan warga Asing ini tiba-tiba menyanyikan lagu Negaraku dan juga Satu Malaysia. Saya jadi pelik, kenapa mereka bertindak sedemikian? Tak cukup dengan itu, salah seorang daripada mereka ada yang sekejap berjalan ke hadapan (di tempat saya duduk) kemudian ke belakang semula dan dia melakukannya sekali lagi. Hati ni tiba-tiba rasa takut, sebab tindakan mereka tu agak pelik. Sebelum saya memulakan perjalanan, ayat-ayat pelindung diri memang saya amalkan. Bukan untuk membangga diri, tetapi dunia luar siapa yang tahu? Macam-macam boleh terjadi. Tetapi semasa berada di dalam bas, memang zikrullah tidak henti. Betul kata Ustaz Hasrizal di dalam buku beliau, beliau takut untuk melepaskan anak-anak beliau berjalan sendirian di dunia luar kerana faktor KESELAMATAN. Dalam otak saya ni ligat memikirkan perkara-perkara yang boleh berlaku. Tapi saya tetap percaya dan yakin bahawa sesuatu perkara itu hanya akan berlaku hanya dengan izin Allah. Dan hanya kepadaNya sahaja kita boleh memohon pertolongan. HANYA DIA! Saya pujuk hati saya, kalau saya dah minta perlindungan daripada Allah, berserah sahaja kepada Dia.

Pesanan daripada saya, sama-samalah kita menjaga keamanan negara. Jangan sampai kita dijadikan patung oleh anasir luar untuk menghuru-harakan negara. Jangan sebab kita takut orang itu akan mengapa-apakan kita, maruah negara kita gadai. Sama-sama kita lakukan yang terbaik untuk negara kita. Tanamkan sifat HAMBA dalam diri kita. Erti hidup seorang hamba dengan MEMBERI. Berilah apa jua yang anda sayang kepada orang lain (maksud saya sesuatu benda, ilmu dan sebagainya) agar ia boleh dikongsi bersama untuk kebahagiaan bersama jua =).
                

Monday, November 7, 2011

:::syukurkah kita?:::


Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap baru kan terasa bila hilang
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman

Dunia ibarat air laut
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana
Di padang pasir

Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada ditangkap hilang

Tuhan.. leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidak ku mampu
Mengumpul dua cinta
Hanya cintaMu ku harap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang kubunuh

Mungkin ada yang pernah dengar lirik lagu ni kan, bagi yang xpernah dengar tu klik je sini . Tajuk lagu ni Antara Dua Cinta dendangan Raihan. Cuba hayati betul-betul lirik lagu ni :).

Kadang-kala kita selalu lupa akan nikmat yang telah Allah beri kepada kita. Macam mana kita boleh lupa? Sebab diri kita sendiri yang tak nak mengingatkan. Kita leka dan alpa dengan keseronokan dunia. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Sungguh! Saya sangat takut jika perkara ini berlaku pada diri saya. Sebab apa? kadang-kadang kita sibuk nak mengejar cinta manusia, tapi dalam masa yang sama, cinta kita pada Allah hampir hilang. Akibatnya? nauzubillah, tak sanggup untuk saya bayangkan. Saat itulah apabila tibanya ujian datang pada kita, kita hilang arah. Kita jadi tak tahu untuk mengadu pada siapa. Sedangkan Allah lah yang maha mendengar lagi maha penyayang.

Cinta dunia, hanyalah sementara yang tak mampu untuk dibawa kemana-mana. Tetapi jika kita pandai menggunakannya sebagai satu batu loncatan untuk mendapatkan akhirat, Subhanaallah! Berbahagialah kamu di akhirat sana. Saya sendiri juga, kadang-kadang saya jadi lupa bahawa Allah lah pemilik segalanya. Allah lah yang sudah menentukan takdir kita bagaimana kerana Dia maha mengetahui apa yang terbaik bagi kita. 

Coretan saya hari ni mungkin agar bercelaru, tapi saya hanya mahu anda semua hayati lagu tu dan fikirlah.  


Saturday, November 5, 2011

:::Hari Raya Aidiladha:::



Esok (Ahad, 6.11.2011) merupakan hari kita sebagai umat Islam untuk menyambut Hari Raya Aidiladha. Para jemaah haji pula akan berwukuf di Arafah sebagai tanda telah berlakunya peristiwa Nabi Adam dan Hawa bertemu setelah dihukum oleh Allah pada suatu masa dahulu. Kita disunatkan untuk menjalankan ibadah korban bagi yang berkemampuan dan juga bagi yang sudah berniat untuk melakukannya kerana ia bakal menjadi tunggangan kita di akhirat kelak. Semoga Hari Raya Aidiladha ini akan memberi seribu makna kepada diri anda semua. Akhir sekali saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha dengan penuh keimanan dan ketakwaan. Semoga diri kita sentiasa berada di bawah lindungan Allah. INSYAALLAH :)

Tuesday, November 1, 2011

:::Bakal Manusia Hebat!:::








Selalu sangat kita dengar manusia hebat, manusia hebat. Tapi sebenarnya bagaimana untuk menjadi seorang manusia yang hebat? Saya terpegun dengan hasil nukilan Ustaz Hasrizal dalam bukunya Murabbi Cinta. Mungkin ada yang sudah pun membaca tentang subtopik ini. Mari kita kongsi sama-sama .


Pada zaman dunia serba moden sekarang ini, kita boleh nampak pelbagai masalah yang timbul khususnya dikalangan para remaja. Saya kadangkala gerun apabila memikirkan apa yang bakal terjadi pada masa depan saya nanti dengan sikap pemuda-pemudi sekarang ni yang banyak mengejar nafsu daripada mengejar Cinta Allah! This is a serious problem! Islam hanya terletak pada kad pengenalan tetapi bukan pada hati dan jiwa.


Disebabkan hal inilah akan terjadinya satu peristiwa di mana anak-anak yang baru meningkat remaja suka untuk membanding-bandingkan ibu bapa mereka. Bagaimana hal ini berlaku dan apa kaitannya dengan memahami Islam dengan hati dan jiwa dan juga untuk menjadi manusia yang hebat?


Saya juga seorang remaja yang sedang meningkat dewasa dan saya faham naluri remaja yang suka mencari sesuatu yang baru. Kadang-kadang kita ada juga rasa nak la pergi rumah kawan dan lagi best kalau dapat pelepasan daripada ibu bapa untuk tidur di rumah kawan. Saya faham, sebab hal ini pun pernah berlaku pada diri saya sendiri. Tetapi saya tahu ibu bapa saya tidak akan pernah membenarkannya sebab itulah didikan ibu bapa saya kepada saya adik-beradik.


"Apa masalahnya dengan tidur rumah kawan? Bukannya tidur kat disko ke pub ke yang memang sah-sah akan ada kesan yang negatif pada diri kita. Takkan itu pun tak boleh," Mungkin kita tidak sedar dalam masa kita tinggal di rumah kawan kita, pada masa yang sama kita akan ‘hidup’ sekali dalam suasana kehidupan kawan kita. Masa itulah kita dapat tahu bagaimana cara ibu bapa kawan kita mendidik anak-anak mereka. Dan di situlah bermulanya titik-titik permulaan perbandingan antara ibu bapa kawan kita dan ibu bapa kita akan bermula.


“Mak ni tak pernah nak faham saya, tak pernah nak bagi kasih sayang kat saya macam saya kecik-kecik dulu. Saya tahulah saya dah tingkatan tiga, tapi takkanlah mak dah tak nak peluk saya ke hargai saya ke. Siapa saya pada mak sekarang? Adakah sebab saya dah besar, saya dah tak dapat nak rasa tu semua. Mak B boleh je faham apa yang dia rasa. kadan-kadang kalau dia kecik hati ke, mak dia pandai pujuk dia. Tapi mak, mak buat tak endah je dengan saya,” Mungkin kata-kata ni pernah terlintas dalam hati kita. Segeralah beristighfar. Setiap ibu bapa mempunyai didikan mereka yang tersendiri. Nak tahu sebab apa Allah berikan kita ibu bapa yang berbeza-beza? Kerana Allah nak jadikan kita manusia yang hebat! Segala kekurangan yang ada pada ibu bapa kita itu hadapilah dengan bahagia dan jadikanlah ia sebagai satu pengajaran yang kita tidak akan lakukan hal yang sama pada anak-anak kita satu masa nanti.


Hadapilah situasi ini dengan seribu kesyukuran kerana Allah telah menunjukkan kita satu jalan untuk panduan dan bimbingan  kita pada masa mendatang. Bersyukurlah kepadaNya kerana kita masih lagi diberi nikmat untuk merasai kasih sayang sepasang ibu bapa, bagi yang sudah kehilangan ibu bapa, perbanyakkanlah sedekah Al-Fatihah  kepada mereka supaya roh mereka ditempatkan di tempat orang-orang yang beriman.



Sebagai manusia, kita memang tidak sempurna. Teringat saya pada kata-kata naqibah saya, “Berlapang dadalah pada ibu bapa dan juga kepada orang di sekeliling kamu dan berbahagialah dengan apa yang Allah berikan kepada kamu. Nescaya kamu akan dapat merasai betapa manisnya bahagia itu,”


“Susahlah nak berlapang dada! Habis, kalau diorang buat kita rasa sakit hati dengan perangai diorang macam mana? Sakit hati ni takkan nak disimpan aje! Kalau disimpan alamatnya bernanah hati ni tau,” Saya tak tipu kalau saya kata saya pernah bersikap sedemikian, tapi sedikit demi sedikit saya cuba untuk mengikis sikap ni dalam hati saya. Sebenarnya selagi kita berdendam, selagi itulah kita tidak akan dapat merasai bahagia. Sebab itu Islam mengajar kita supaya bersederhana. Marahlah sekadarnya, belajarlah untuk menerima agar kita menjadi seorang manusia yang hebat!