Monday, September 26, 2011

:::KISS 2011:::



kiss=cium??ape bendalah tu??buang tebiat ke pe saya ni??
haha, sabaq naa, KISS = Karnival Integriti Sahsiah Siswa yang dianjurkan oleh MPP UTHM...karnival apa ni??nak buat apa dgn karnival ni? haa, objektif dy adalah :
1. untuk membentuk mahasiswa y berintegriti dan intelektual
2. ke arah mengurangkan gejala sosial y berlaku di dalam atau luar kampus
3. mengeratkan lagi perpaduan pelajar UTHM y berbilang bangsa dan kaum
4. melahirkan mahasiswa yang seimbang rohani dan jasmani
5. memberi kesedaran tentang pentingnya adab dan kesopanan

macam2 aktiviti kami ada sepanjang karnival ni, antaranya, bole la tgok gambar kat atas tu, huhu.....nt saya akan post tentang isi2 ceramah yang da pun kami ikuti :)

Tuesday, September 13, 2011

mana hatiku?


Ya Allah Ya Rabbi,
Ampunkan la diriku seandainya diriku terlupa akan diriMu,
aku mencari Mu hanya tika aku sedih sahaja,
Astaghfirullah,
Betapa hinanya diriku ya Tuhan,
Kau Tuhanku maha Pengasih dan Penyayang,
Kau juga Sang Pencinta ku yang maha Agung,

walaupun aku terlupa akan Mu,
tapi Kau tetap mengingatiku,
Kau sentiasa membantuku tika aku susah,
tetapi aku??

Ya Allah,
hinanya aku ya Rabb,
sesungguhnya aku adalah manusia yang lalai,
ampunkanlah segala dosa-dosaku Ya Allah,
sesungguhnya Kau Tuhan yang maha Pengasih dan maha Penyayang,

Kaulah Sang Pencintaku yang maha Agung....
dekatkanlah diriku denganMu.....

Saturday, September 10, 2011

raya! raya! raya!

ASSALAMUALAIKUM


hai kawan2, mcm mane dgn Aidilfitri kali ni? semoga mendapat barakah daripada Allah s.w.t.
banyak dapat duit raya? kenangan pling indah sewaktu kecik2 dulu, bile dpt duit raya..huhu..seronok xterkata..

tapi bukan itu yang kite kejarkan utk Aidilfitri..tu lah budak kecik namanya, y belu lagi mengenal apakah dia erti kehidupan sebenar y penuh dengan ranjau berduri..


apakah y kite hendak kejarkan dalam Aidilfitri sebenarnya?
setelah kite berpenat lelah melakukan amal ibadah kpd Allah pd bulan Ramadhan, sanggupkah kite menghilangkan nikmat beribadah kepada Allah begitu sahaja? mestilah tidak, kerana ia adalah satu kerugian yang besar.

terus istiqamah dalam melakukan amalan seharian, jgn ditinggal ayat al-quran, jgn lupe juge puasa sunat 6 pada bulan Syawal kerana besar ganjarannya. kita akan mendapat pahala ibarat berpuasa setahun, MasyaAllah, betapa sayangnya Allah pada hamba-hambaNya.

jadi, renung-renungkanlah wahai teman.

"TIADA APA YANG LEBIH BAIK DARIPADA MENGINGATI ALLAH"


wassalam :)