Monday, February 28, 2011

i am thinking..

bukan aku tak mahu
bukan aku tak hendak
tapi aku rasa serba salah
apakah mungkin aku akan menerima?
adakah ini yang di benarkan dalam Islam?
aku hendak tetapi aku tidak mungkin melakukan kesilapanku sekali lagi
bukan aku menutup
tapi
biarlah hati aku diisi dengan kasih sayang oleh Kekasihku yang Maha Penyayang
yang kasihNya kepadaku tidak pernah kurang walau sedikit pun
biarlah diriku mendambakan hanya kasihNya padaku
sebelum aku mendambakan kasih hambaNya untuk ku
maafkan aku
  tidak pernah terniat untuk menghampakan
tetapi
biarlah,semua itu ketentuan Allah s.w.t
aku hanya mampu berdoa agar mendapt yang terbaik untuk diriku...

Wednesday, February 23, 2011

Dugaan kite...

Assalamualaikum
first of all,sy nak ucpkan takziah kpd Nazeerah dan Mimi di atas pmrgian atok
smoga roh mereka dicucuri rahmat,Aminnn.
sy pon xkurang jgk,ad saje dgaan y menimpa..
Alhamdulillah,makcik sy dah slamat menjalani operation buang syst dan appendix
pd mulenye,cume dpt kesan syst shje,tpi,stelah dpriksa oleh doter pakar,
rupe2nyeappendix makcik dah bngkak dah
di sini sy ingin meluahkan kkecewaan sy t'hdp dokter krjaan
mkcik sy da b'ulang kali pergi hspital krjaan..mcm2 krenah dokter dy t'pkse tmpuh
shnggakan plbagai pnyakit kluar drp mulut dokter
ad y kate sket jntung b'nanah,buah pinggang bengkak dan mcm2 lg
kami pun trut berasa sgt geram...
pnyakit y sptutnye segera dbedah,ttpi hnye dilengah2kan msenye
mmg kami fhm,ramai pesakit,tp dahulukanlah y dah lme menanggung sakit tu
stlh dfkir2an,makcik sy pun trus dhntar ke hspital pakar di Kluang..
dan akhirnya slamat m'jalani pmbedahan..
sy smpat juga jaga makcik utk satu mlm...merasa jgk dok kat hspital swasta
mmg diakui,nurse2 kat situ semua ramah2 cuma sgelintir shj  kureng skit..
dokter kat situ pon bes jgk..
tp duit mmg MASYUUUKKK...sgt mhl...tp tu la,utk ksihatan diri kan..
Insyaallah,law ad rzki sy,mmg sy nk dptkan keje y gaji bnyk skit,law ad pape nt,senang...

~~~~THE END~~~~


Tuesday, February 15, 2011

Silat Kalimah Malaysia


Demo ni saya saje je nak share ngan korang sume..
seni silat ni kite kene pertahankan sampai bila2..
saya sebenarnya salah seorang ahli Silat Kalimah (promote skit)..hehe
bnyk klbihan nye apabila kita mempelajari seni silat
mungkin ada segelintir y mengatakan bahawa seni silat ni mempunyai jinnya
itu tidak tepat,kerana Silat Kalimah tidak menggunakan bantuan drp makhluk Allah itu
saya mula menyertai silat ni ketika saya berada di Sek. Men. Teknik JB
Alhamdulillah, segala tnjuk ajar drp Cikgu Syahril akan sy hargai 
sy hrp sy dpt mnruskn perjuangan bngsa Melayu dlm mengekalkan seni bangsa..
INSYAALLAH!   

Monday, February 14, 2011

Maulidur Rasul

insyaallah,pada tanggal 15.2.2011 kita akn menyambut hari kelahiran baginda nabi Muhammad S.A.W. iaitu bersamaan 12 Rabiulawal 1432 H. Bersamaan dengan itu, maka perbanyakkanlah selawat kita kpd baginda S.A.W kerana baginda merupakan kekasih Allah. Sebelum baginda wafat, hanya "Ummati.Ummati,Ummaati". Tidakkah kita pernah terfikir bahawa baginda terlalu sayangkan kita,tapi apa yang kita telah lakukan kepada baginda?Subhanallah,sunnah baginda kita ketepikan lagikan memuji baginda. Sempena menyambut kelahiran baginda, marilah kita sama-sama berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. sebanyak-banyaknya. Insyaallah, semoga rasa cinta kita terhadap baginda akan lebih mendalam dan kita dapat menerima syafaat daripada baginda di akhirat kelak. Insyaallah.

Thursday, February 10, 2011

Cerita First Day Kerja..

tengah saya melayan internet n bebudak yang masuk cc, tetibe ad sorang bdk ni dtg kat kaunter..maka,berlakulah sebuah perbualan antara saya dan bdk kecik tu..

budak: Kak,abg saya kirim salam.
saya: Abg? sape nama abg?
budak: Nama abg saya Sabarudin. tadi saya cakap kat dy.
(perbualan antara abg bdk tu dan dy)
bdk: abg,kat cc ad akak baru.
abg: yeke?cun x?
bdk: mestila cun.
(sambungan antara saya ngan bdak tu)
saya: oh.(pandai2 je bdk ni promote aq)
~~~~~~~the end~~~~~~~
hahahahaha...lawak2...

Wednesday, February 9, 2011

Valentine Day

Valentine Day ataupun Hari Kekasih,adalah hari yang dikatakan untuk menghargai kekasih kita,tetapi,apakah kisah disebaliknya? apa hukumnya di dalam Islam sendiri? Valentine berasal daripada nama seorang paderi kristian, St Valentino. Kisah ini berlaku di Rom pada satu masa dahulu. Semasa tentera Rom sedang berperang, didapati tentera Rom yang sudah berkahwin lebih lemah daripada tentera yang belum berkahwin. Maka raja Rom memerintahkan agar tentera yang sudah berkahwin, diputuskan ikatan perkahwinan mereka. Tetapi, St Valentino telah mengahwinkan tentera2 Rom ni secara senyap2. Sampai satu ketika, Raja Rom dapat tahu tentang perkara ni, St Valentino ditangkap dan dibunuh semasa 14.2. Jadi,apakah kaitannya dengan orang Islam?langsung TIDAK ADA apa2 kaitan, malah jika kita menyambutnya hanya akan mendapat dosa besar dan kemurkaan Allah S.W.T. nauzubillah....wahai rakan, wahai teman, fikir2kanlah....
  

Tuesday, February 8, 2011

new job!!yeah..

Alhamdulillah...akhirnya aq dapat gak job...job kat cc kat taman sri bayu kat area simpang renggam...hermm..bg sesape y twu,meh dtg k....tata

Monday, February 7, 2011

picture banjir...=)

siap buat rakit lagi..haha..ni adik2 sdare saye...
gelagat adik2 sdara main air...eh,t'snap pic nya'e lak..hehe
posing sikit..ngeee
kawasan rumah sy pd hari kedua 

banjir oo banjir

31.2.2011 adalah detik y b'sjrh buat dri sy dan keluarga...air mula masuk rumah setelah hujan turun slama dua hari scara b'trut2...Alhamdulillah,sblum air naik,kami sekeluarga dapat bantuan drp sedara2 y dkat...diorang tlong punggah brg sekali...memang tonggang t'balik da rumah...huhu...smpaikan y bkl menjadi pakcik sy pun dtg jgk tu..hehe,kebetulan...air mula naik masa petang isnin tu...sblum rumah sy msuk air,rumah jiran hjung kg da msuk dlu,so diorang da start b'pndah...emm,..nsib baik air yang msok hanya smpai paras betis jep,ad rumah jiran smpy paras pinggang sbb rumah diorang dekat ngan sungai besar....kitorang semua dipindahkan ke surau kg...mcm2 bntuan kami terima...terima kasih kpd semua y m'beri bantuan.....semasa hari ketiga kami di pusat p'pindahan,kami dikunjungi oleh YB Hj Ahmad Maslan,masa tu ramai sangat orang yang datang...meriah sangat..huhu...banyak knangan pahit manis sepanjang musibah banjir t'jd...yela,jiran dpt kmpul rmai2,msk sama2...huhu...sangat best!tp y pling syiookkk,kitorang dapat main air banjir,haha...bujang2 kg ramai y 'kebor',ish3...tp Alhamdulillah jgk sbb air bnjir surut lps 3hari,xdela lme sgt,syukur Alhamdulillah...sekian...