Thursday, January 24, 2013

. . . . . . . . . .

aku tanya pada diriku, bila aku boleh jadi matang?
matang dari segi bagaimana?
matang dari segi mampu memikirkan masalah2 ummat dan sentiasa mencari jalan untuk mengatasi masalah2.

sungguh aku cemburu,
cemburu lihat sahabat2 yang dapat jadi lebih matang di usia muda,
lantas apa yang aku lakukan untuk jadi seperti mereka?
adakah hanya melihat dan sentiasa meratap?
oh TIDAK!
ummat memerlukan orang2 seperti kamu!
orang2 yang memikirkan masalah ummat!

untuk bawa Islam, tidak memerlukan taklifan!
kerana itulah wabak dalam perjalanan,
sifat suka meminta dan mendapat taklifan.
ASTAGHFIRULLAHALAZIM!



Monday, January 14, 2013

go! go! go!


Hidup ini umpama roda, KADANG-KADANG kita di atas, KADANG-KADANG kita di bawah. KADANG-KADANG kita kuat, KADANG-KADANG kita lemah. Setiap manusia itu tak pernah lari daripada kesalahan, termasuklah diri aku sendiri. Kadang-kadang aku terfikir kenapa aku lambat terima hidayah daripada Allah dan pada saat dan tika itu aku terus istighfar sebab itu semua perancangan Allah and HE is THE BEST PLANNER EVER!




Cukup bangga untuk aku katakan, aku nak ucapkan banyak-banyak terima kasih kat mak sebab selama ni mak yang ajar aku untuk jadi seorang perempuan yang bermaruah. Dulu masa sekolah rendah, balik sekolah pagi kan terus pergi sekolah petang. So nanti mak akan jemput aku kat sekolah rendah dengan bekal makanan. Then terus pergi sekolah agama dan bersiap2. Selalunya aku akan makan dengan kawan baik aku masa sekolah rendah. Kawan baik aku tu selalu je bukak tudung time nak makan, then aku rasa bestnye dapat bukak tudung. So aku pun minta kebenaran kat mak nak bukak tudung. Last2 aku yang kena marah. Dulu rasa macam kecewa la jugak tapi xdela kecewa sangat. Then kalau ikut mak atau abah pergi kedai, mesti pakai tudung. Nanti suruh mak ikatkan reben, then bila da besar sikit da pandai dah ikat sendiri J. Nak cakap kat sini kan, bila dah besar, perkara tu membuatkan aku lebih berdisiplin untuk memakai tudung sebab mak dah biasakan anak-anak dia (eh silap, anak je sebab anak perempuan sorang je,hihi) pakai tudung sejak kecik lagi. Sejak umur 4 tahun kot (terlupa pulak bila). Dulu memang tak nampak apa kepentingannya tapi bila dah besar baru realize about that. So aku terfikir macam mana aku nak didik anak-anak aku nanti.

Kalau nak cerita tentang kisah silam, banyak sangat sedih, manis, pahit dan masinnya. Tapi apa yang nak cerita kat sini, aku mohon pada Allah, aku berdoa pada Allah, aku merayu pada Allah. Jika PERKAHWINAN adalah jalan yang terbaik untuk aku jaga hati aku, maka percepatkanlah ia. Jika ia bukan yang terbaik untuk diri aku, maka bantulah aku untuk aku menghindarkan diri daripada terjebak dengan apa jua masalah hati. Aku sendiri buntu. Tapi aku tahu, Allah punya perancangannya yang TERBAIK untuk setiap hambanya cuma aku tak tahu apa. Kadang-kadang aku rebah, kadang-kadang aku lemah, tapi aku gagahkan juga kerana aku ingin dapatkan redha DIA. Aku hamba yang lemah lagi tak berdaya.  


YA ALLAH, TUNJUKKANLAH APA YANG TERBAIK BUAT DIRI AKU.   




*ini adalah rintihan seorang hamba Allah yang sedang diuji dengan masalah hati yang semakin meningkat tinggi sejak umur menjadi 20-an, Allah. aku mahu redha Allah*

Wednesday, January 9, 2013

Belajar erti kehidupan



Kadang-kadang aku pelik dengan kerenah orang yang bermacam ragam ni. Kadang-kadang ok kadang-kadang tak ok. Ada yang pendiam dan ada yang banyak mulut. Ada yang sangat prihatin dan ada yang “lantak kau la”. Heeeeeee. Seronok sebenarnya tengok perangai orang yang macam-macam ni, hehe. Tak kisah la macam mana pun kita, sikap berlapang dada itu sangat penting. Kalau tak, akan jadi haru biru dunia ni. Islam pun ada ajar kita untuk saling menghormati dan berlapang dada antara satu sama lain.


Cuba kita tengok alam ciptaan Allah ni, dengan langit yang terbentang luas, dengan pokok-pokok yang hidup subur, dengan binatang-binatang yang berbagai-bagai-bagai jenis, sambil memuji dan bertasbih kepada Allah azzawajalla. Indah kan? Cuba kita tengok pula ragam manusia, ada yang cantik, ada yang comot, ada yang hensem, ada yang ayu, ada yang putih, ada yang hitam manis, ada yang kurus, ada yang gemuk. Tapi dalam banyak2 manusia tu, banyak mana yang sentiasa ingat pada Allah? Berapa banyak yang laksanakan apa yang Allah suruh dan Allah larang? Kita pulak dalam kategori apa? Muhasabah diri kita semula. Sejauh mana kita laksanakan janji kita pada Allah bahawa kita akan jadi hamba dan khalifah kat atas muka bumi ini.


Allah bentang langit seluas-luasnya untuk menunjukkan bahawa DIA berlapang dada pada hamba-hambaNya. Kalau Allah tak berlapang dada dengan kita, bayangkan kalau kita buat salah sikit mesti Allah dah murka dan dah beri hukuman. Tapi Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Dia takkan hukum kita kalau kita mintak ampun pada Dia. Allah ni sweet sangat kan, lagi sweet drp pakwe makwe yang kengkonon tengah hangat bercinta, lagi sweet drp pasangan suami isteri dan lagi sweet drp gula-gula *hik hik hik*. Nak crita lagi sweet, Allah ada syurga yang nikmatnya kita tak pernah dengar,tak pernah terlintas dalam kepala dan tak pernah dirasa.
Renung-renungkan dan selamat beramal ;)