Saturday, December 31, 2011

:::Surat Cinta untuk Bonda:::



kehadapan bonda yang ku sayangi lagi dicintai,
mungkin dikau memerlukan masa untuk menerimaku,

tetapi,
ingin ku memberitahumu bonda,
bahawa apa yang ku lakukan adalah untuk menjadi yang terbaik untuk dirimu dan juga ayahanda,
bahawa diriku amat menyayangi dirimu dan ayahanda,
bahawa diriku sentiasa berharap dikau menerimaku seadanya,
bahawa diriku amat menghargai segala nasihatmu,
bahawa diriku mengharapkan redhamu selagi apa yang ku lakukan adalah perkara yang baik,
bahawa diriku selalu berusaha untuk menjadi anak dan kakak yang terbaik,

tetapi,
lumrah seorang manusia bahawa tiada yang sempurna,
hari-hari diriku berasa sangat kecewa dengan diriku sendiri,
kerana aku tak mampu untuk memberikan yang terbaik untukmu,

Islam mengajar kita untuk bersederhana,
tetapi,
aku ingin untuk mendalami Islam secara sempurna,
bukan bermaksud sebelum ini tidak sempurna,
aku tidak yakin bahawa apa yang diriku amalkan sebelum ini,
mampu untuk membelaku diakhirat nanti,
izinkan diriku untuk jadi yang terbaik untukmu dan juga agama,
redhakan diriku wahai Bonda,
hanya itu harapanku jika aku tiada lagi di dunia ini Bonda,

pengalaman silam mengajar diriku untuk menjadi yang lebih baik,
bukan bermakna tudung labuh ini menunjukkan bahawa diriku seorang yang sempurna,
tetapi,
ia adalah sebagai sesuatu yang mampu menjaga akhlak ku,
kerana akhlak itu bunga diri.

U are the one that I love most,
U are my inspiration,
U are my strength,
U are the one who give born for me,
I will not be able to breath like today without ur love,
U are the best mom that I ever had,
Because u are the only one mom,
I just want to see u happy,
Not to make u feel uncomfortable,
But to make u much2 comfortable in Jannah, InsyaAllah.



Tertanam naluri keibuan amat mendalam 
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan 
Oh... ibu 

Di bahumu tergalas beban 
Perjalananmu penuh rintangan 
Kau titipkan kasih sayang 
Sejujur pengorbanan 
Tak ku nafikan 

Di saat kita berjauhan 
Rasa ingin ku berlari 
Mendakapimu penuh girang 
Bak si kecil kehilangan 

Kau insan penyayang 
Betapa ku merindu 
Lembutnya belaian ibu 
Membuatku terlena 

Di wajah terlukis tenang 
Debar di dada kau rahsiakan 
Ku pastikan dikau aman 
Dikurnia sejahtera 
Tak ku lupakan 

Di saat kita berjauhan 
Rasa ingin ku berlari 
Mendakapimu penuh girang 
Bak si kecil kehilangan 

Tiada aku tanpa ibu 
Hanya (kau) satu didunia 
Bertakhta dikau dijiwaku 
Kau lah ibu yang tercinta 

Kau insan pengasih 
Betapa aku mengharap 
Hadirnya restumu ibu 
Membawaku ke syurga 

Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan 
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu 
Oh... Ibu

Wednesday, December 14, 2011

:::Let Us Share Something:::


Panduan ini dikirim oleh rakan-rakan dan saya sekadar ingin berkongsi dengan teman-teman sekelian. Semuga ianya memberi kemanfaatan pada kita semua…

Dikatakan :-

۞ Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.

۞ Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.

۞ Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari    kiamat.

۞ Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.

۞ Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.

۞ Surah Al-Kauthar dapat meleraikan segala perbalahan.

۞ Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.

۞ Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.

۞ Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.

۞ Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

Seterusnya, bagi menangani Syaitan Durjana, dikatakan juga:-

۞ Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je...

۞ Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga.

۞ Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah.

۞ Ketika anda memahaminya, dia mula kejang.

۞ Ketika anda mengamalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke....

Teruskan membaca AL-QURAN dan mengamalkannya agar syaitan terus stroke.

۞ Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya.

۞ Syaitan kata, 'JANGAN SEBARKANNYA, KERANA IA TIDAK PENTING LANGSUNG!'

Sebar-sebarkan info ini Wahai SaudaraKu~

Jangan kita malas dan mengalah….ini mungkin menjadi setitik amal jariah yang bakal terhimpun menjadi telaga di akhirat nanti….

Thursday, November 10, 2011

saje je nak post pasal video ni...sebab dia beeeessssstt! :)

:::fikirkan yang terbaik untuk menjadi yang terbaik:::



Wahai hati-hati yang dimiliki oleh Allah, ingatlah bahawa hidupmu tidak lama. Carilah Tuhanmu sebelum Tuhanmu menjemputmu pulang ke hidup yang selama-lamanya. Beragamalah dengan sesungguhnya kerana hanya pada Dia tempat yang selayaknya untuk meminta pertolongan dan yang sepatutnya disembah. Setiap musibah yang menimpa pasti akan ada jalannya, jika dirimu benar-benar mencarinya. Bukan pada alam juga bukan pada manusia untuk kita mengadu dan berharap agar masalah kita akan selesai, kerana segala jalan penyelesaian ada pada Allah. Manusia dan alam hanyalah satu perantara yang Allah ilhamkan agar dapat mencerahkan lagi jalan penyelesaianmu itu.

Dan ingatlah ketika Tuhan kamu memberitahu,” Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya aku akan menambahkan nikmatku kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu mengingkarinya (kufur nikmat), maka sesungguhnya azab-Ku adalah keras” (Ibrahim 14:7) 







Antara IJAZAH dan RISALAH

Fokus pada apa yang anda lakukan. Andaikan anda sedang memegang satu kanta pembesar dan halakan pada satu objek, misal kata bunga. Jika kanta pembesar itu dihalakan ke arah bunga, objek apa yang kita akan nampak, mestilah bunga! Tetapi saiznya lebih besar. Mari kita sinonimkan dengan fokus. Tuliskan pada satu kertas, apakah matlamat anda. Ambil satu kanta pembesar dan halakan pada kertas itu, apakah yang anda nampak? Matlamat anda semakin membesar! Kita gantikan kanta pembesar dengan satu perkataan FOKUS. Apakah yang anda akan dapat? Fokus pada matlamat! Ya, fokus pada matlamat. Apa matlamat anda? Untuk menggenggam segulung ijazah? Fokus pada matlamatmu itu. Tetapi adakah cukup hanya sekadar ijazah? Satu perkataan lagi yang ingin saya tambah ialah risalah. Antara IJAZAH dan juga RISALAH.

 Jika diberikan ruang kotak di tepi kedua-dua perkara itu, apakah yang bakal anda tandakan? Adakah ijazah atau risalah? Jika anda berjaya menggenggam segulung IJAZAH ia adalah satu penghargaan kerana anda telah berjaya menamatkan ilmu dunia di Institusi Pengajian Tinggi. Jika anda berjaya menggenggam sebuah RISALAH pula ia adalah satu penghargaan oleh Allah kerana anda telah berjaya mendapatkan ilmu dunia dan juga akhirat. Nah, mana lagi untung? Ijazah atau risalah? Ijazah sahaja atau risalah sahaja? Ataupun kedua-duanya? Pilihlah yang mana anda hendak pilih kerana pilihan ada di tangan anda. Mungkin dengan segulung ijazah sahaja anda mampu memperoleh penghormatan daripada manusia. Tetapi lagi untung jika anda mampu menggenggam ijazah dan juga risalah kerana anda mampu memperoleh penghormatan daripada manusia dan juga daripada yang maha pengasih. Siapa yang tidak mahu memperoleh penghormatan daripada yang maha pengasih? Suatu penghormatan yang mampu menyelamatkan kita ketika berada di alam akhirat. Apabila tiba saat kita ditimbang, lalu dengan penghormatan Allah kerana kita mampu menggenggam sebuah risalah, secara automatik pintu-pintu syurga terbuka kepada kita. SUBHANALLAH.

Coretan Pengalaman

Di sini  ada satu cerita. Saya Cuma ingin berkongsi pengalaman sahaja. Semasa dalam perjalanan saya menuju ke Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru untuk mengambil sijil SPM saya, saya menggunakan pengangkutan awam iaitu bas (sebab saya cuma ada lesen motor sahaja, takkanlah nak bawak motor dari Simpang Renggam ke Johor, memang cari nahas). Semasa dalam  perjalanan ada sekumpulan warga Asing (saya rahsiakan siapa golongan tersebut) lelaki naik bas. Saya dah biasa dah dengan keadaan tu. Sebab jarang saya nampak orang Melayu yang naik bas, mungkin taraf hidup mereka lebih baik. Tapi apa yang membuatkan saya tidak biasa, sekumpulan warga Asing ini tiba-tiba menyanyikan lagu Negaraku dan juga Satu Malaysia. Saya jadi pelik, kenapa mereka bertindak sedemikian? Tak cukup dengan itu, salah seorang daripada mereka ada yang sekejap berjalan ke hadapan (di tempat saya duduk) kemudian ke belakang semula dan dia melakukannya sekali lagi. Hati ni tiba-tiba rasa takut, sebab tindakan mereka tu agak pelik. Sebelum saya memulakan perjalanan, ayat-ayat pelindung diri memang saya amalkan. Bukan untuk membangga diri, tetapi dunia luar siapa yang tahu? Macam-macam boleh terjadi. Tetapi semasa berada di dalam bas, memang zikrullah tidak henti. Betul kata Ustaz Hasrizal di dalam buku beliau, beliau takut untuk melepaskan anak-anak beliau berjalan sendirian di dunia luar kerana faktor KESELAMATAN. Dalam otak saya ni ligat memikirkan perkara-perkara yang boleh berlaku. Tapi saya tetap percaya dan yakin bahawa sesuatu perkara itu hanya akan berlaku hanya dengan izin Allah. Dan hanya kepadaNya sahaja kita boleh memohon pertolongan. HANYA DIA! Saya pujuk hati saya, kalau saya dah minta perlindungan daripada Allah, berserah sahaja kepada Dia.

Pesanan daripada saya, sama-samalah kita menjaga keamanan negara. Jangan sampai kita dijadikan patung oleh anasir luar untuk menghuru-harakan negara. Jangan sebab kita takut orang itu akan mengapa-apakan kita, maruah negara kita gadai. Sama-sama kita lakukan yang terbaik untuk negara kita. Tanamkan sifat HAMBA dalam diri kita. Erti hidup seorang hamba dengan MEMBERI. Berilah apa jua yang anda sayang kepada orang lain (maksud saya sesuatu benda, ilmu dan sebagainya) agar ia boleh dikongsi bersama untuk kebahagiaan bersama jua =).
                

Monday, November 7, 2011

:::syukurkah kita?:::


Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap baru kan terasa bila hilang
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman

Dunia ibarat air laut
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana
Di padang pasir

Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada ditangkap hilang

Tuhan.. leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidak ku mampu
Mengumpul dua cinta
Hanya cintaMu ku harap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang kubunuh

Mungkin ada yang pernah dengar lirik lagu ni kan, bagi yang xpernah dengar tu klik je sini . Tajuk lagu ni Antara Dua Cinta dendangan Raihan. Cuba hayati betul-betul lirik lagu ni :).

Kadang-kala kita selalu lupa akan nikmat yang telah Allah beri kepada kita. Macam mana kita boleh lupa? Sebab diri kita sendiri yang tak nak mengingatkan. Kita leka dan alpa dengan keseronokan dunia. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Sungguh! Saya sangat takut jika perkara ini berlaku pada diri saya. Sebab apa? kadang-kadang kita sibuk nak mengejar cinta manusia, tapi dalam masa yang sama, cinta kita pada Allah hampir hilang. Akibatnya? nauzubillah, tak sanggup untuk saya bayangkan. Saat itulah apabila tibanya ujian datang pada kita, kita hilang arah. Kita jadi tak tahu untuk mengadu pada siapa. Sedangkan Allah lah yang maha mendengar lagi maha penyayang.

Cinta dunia, hanyalah sementara yang tak mampu untuk dibawa kemana-mana. Tetapi jika kita pandai menggunakannya sebagai satu batu loncatan untuk mendapatkan akhirat, Subhanaallah! Berbahagialah kamu di akhirat sana. Saya sendiri juga, kadang-kadang saya jadi lupa bahawa Allah lah pemilik segalanya. Allah lah yang sudah menentukan takdir kita bagaimana kerana Dia maha mengetahui apa yang terbaik bagi kita. 

Coretan saya hari ni mungkin agar bercelaru, tapi saya hanya mahu anda semua hayati lagu tu dan fikirlah.  


Saturday, November 5, 2011

:::Hari Raya Aidiladha:::



Esok (Ahad, 6.11.2011) merupakan hari kita sebagai umat Islam untuk menyambut Hari Raya Aidiladha. Para jemaah haji pula akan berwukuf di Arafah sebagai tanda telah berlakunya peristiwa Nabi Adam dan Hawa bertemu setelah dihukum oleh Allah pada suatu masa dahulu. Kita disunatkan untuk menjalankan ibadah korban bagi yang berkemampuan dan juga bagi yang sudah berniat untuk melakukannya kerana ia bakal menjadi tunggangan kita di akhirat kelak. Semoga Hari Raya Aidiladha ini akan memberi seribu makna kepada diri anda semua. Akhir sekali saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha dengan penuh keimanan dan ketakwaan. Semoga diri kita sentiasa berada di bawah lindungan Allah. INSYAALLAH :)

Tuesday, November 1, 2011

:::Bakal Manusia Hebat!:::








Selalu sangat kita dengar manusia hebat, manusia hebat. Tapi sebenarnya bagaimana untuk menjadi seorang manusia yang hebat? Saya terpegun dengan hasil nukilan Ustaz Hasrizal dalam bukunya Murabbi Cinta. Mungkin ada yang sudah pun membaca tentang subtopik ini. Mari kita kongsi sama-sama .


Pada zaman dunia serba moden sekarang ini, kita boleh nampak pelbagai masalah yang timbul khususnya dikalangan para remaja. Saya kadangkala gerun apabila memikirkan apa yang bakal terjadi pada masa depan saya nanti dengan sikap pemuda-pemudi sekarang ni yang banyak mengejar nafsu daripada mengejar Cinta Allah! This is a serious problem! Islam hanya terletak pada kad pengenalan tetapi bukan pada hati dan jiwa.


Disebabkan hal inilah akan terjadinya satu peristiwa di mana anak-anak yang baru meningkat remaja suka untuk membanding-bandingkan ibu bapa mereka. Bagaimana hal ini berlaku dan apa kaitannya dengan memahami Islam dengan hati dan jiwa dan juga untuk menjadi manusia yang hebat?


Saya juga seorang remaja yang sedang meningkat dewasa dan saya faham naluri remaja yang suka mencari sesuatu yang baru. Kadang-kadang kita ada juga rasa nak la pergi rumah kawan dan lagi best kalau dapat pelepasan daripada ibu bapa untuk tidur di rumah kawan. Saya faham, sebab hal ini pun pernah berlaku pada diri saya sendiri. Tetapi saya tahu ibu bapa saya tidak akan pernah membenarkannya sebab itulah didikan ibu bapa saya kepada saya adik-beradik.


"Apa masalahnya dengan tidur rumah kawan? Bukannya tidur kat disko ke pub ke yang memang sah-sah akan ada kesan yang negatif pada diri kita. Takkan itu pun tak boleh," Mungkin kita tidak sedar dalam masa kita tinggal di rumah kawan kita, pada masa yang sama kita akan ‘hidup’ sekali dalam suasana kehidupan kawan kita. Masa itulah kita dapat tahu bagaimana cara ibu bapa kawan kita mendidik anak-anak mereka. Dan di situlah bermulanya titik-titik permulaan perbandingan antara ibu bapa kawan kita dan ibu bapa kita akan bermula.


“Mak ni tak pernah nak faham saya, tak pernah nak bagi kasih sayang kat saya macam saya kecik-kecik dulu. Saya tahulah saya dah tingkatan tiga, tapi takkanlah mak dah tak nak peluk saya ke hargai saya ke. Siapa saya pada mak sekarang? Adakah sebab saya dah besar, saya dah tak dapat nak rasa tu semua. Mak B boleh je faham apa yang dia rasa. kadan-kadang kalau dia kecik hati ke, mak dia pandai pujuk dia. Tapi mak, mak buat tak endah je dengan saya,” Mungkin kata-kata ni pernah terlintas dalam hati kita. Segeralah beristighfar. Setiap ibu bapa mempunyai didikan mereka yang tersendiri. Nak tahu sebab apa Allah berikan kita ibu bapa yang berbeza-beza? Kerana Allah nak jadikan kita manusia yang hebat! Segala kekurangan yang ada pada ibu bapa kita itu hadapilah dengan bahagia dan jadikanlah ia sebagai satu pengajaran yang kita tidak akan lakukan hal yang sama pada anak-anak kita satu masa nanti.


Hadapilah situasi ini dengan seribu kesyukuran kerana Allah telah menunjukkan kita satu jalan untuk panduan dan bimbingan  kita pada masa mendatang. Bersyukurlah kepadaNya kerana kita masih lagi diberi nikmat untuk merasai kasih sayang sepasang ibu bapa, bagi yang sudah kehilangan ibu bapa, perbanyakkanlah sedekah Al-Fatihah  kepada mereka supaya roh mereka ditempatkan di tempat orang-orang yang beriman.



Sebagai manusia, kita memang tidak sempurna. Teringat saya pada kata-kata naqibah saya, “Berlapang dadalah pada ibu bapa dan juga kepada orang di sekeliling kamu dan berbahagialah dengan apa yang Allah berikan kepada kamu. Nescaya kamu akan dapat merasai betapa manisnya bahagia itu,”


“Susahlah nak berlapang dada! Habis, kalau diorang buat kita rasa sakit hati dengan perangai diorang macam mana? Sakit hati ni takkan nak disimpan aje! Kalau disimpan alamatnya bernanah hati ni tau,” Saya tak tipu kalau saya kata saya pernah bersikap sedemikian, tapi sedikit demi sedikit saya cuba untuk mengikis sikap ni dalam hati saya. Sebenarnya selagi kita berdendam, selagi itulah kita tidak akan dapat merasai bahagia. Sebab itu Islam mengajar kita supaya bersederhana. Marahlah sekadarnya, belajarlah untuk menerima agar kita menjadi seorang manusia yang hebat!    

Monday, September 26, 2011

:::KISS 2011:::



kiss=cium??ape bendalah tu??buang tebiat ke pe saya ni??
haha, sabaq naa, KISS = Karnival Integriti Sahsiah Siswa yang dianjurkan oleh MPP UTHM...karnival apa ni??nak buat apa dgn karnival ni? haa, objektif dy adalah :
1. untuk membentuk mahasiswa y berintegriti dan intelektual
2. ke arah mengurangkan gejala sosial y berlaku di dalam atau luar kampus
3. mengeratkan lagi perpaduan pelajar UTHM y berbilang bangsa dan kaum
4. melahirkan mahasiswa yang seimbang rohani dan jasmani
5. memberi kesedaran tentang pentingnya adab dan kesopanan

macam2 aktiviti kami ada sepanjang karnival ni, antaranya, bole la tgok gambar kat atas tu, huhu.....nt saya akan post tentang isi2 ceramah yang da pun kami ikuti :)

Tuesday, September 13, 2011

mana hatiku?


Ya Allah Ya Rabbi,
Ampunkan la diriku seandainya diriku terlupa akan diriMu,
aku mencari Mu hanya tika aku sedih sahaja,
Astaghfirullah,
Betapa hinanya diriku ya Tuhan,
Kau Tuhanku maha Pengasih dan Penyayang,
Kau juga Sang Pencinta ku yang maha Agung,

walaupun aku terlupa akan Mu,
tapi Kau tetap mengingatiku,
Kau sentiasa membantuku tika aku susah,
tetapi aku??

Ya Allah,
hinanya aku ya Rabb,
sesungguhnya aku adalah manusia yang lalai,
ampunkanlah segala dosa-dosaku Ya Allah,
sesungguhnya Kau Tuhan yang maha Pengasih dan maha Penyayang,

Kaulah Sang Pencintaku yang maha Agung....
dekatkanlah diriku denganMu.....

Saturday, September 10, 2011

raya! raya! raya!

ASSALAMUALAIKUM


hai kawan2, mcm mane dgn Aidilfitri kali ni? semoga mendapat barakah daripada Allah s.w.t.
banyak dapat duit raya? kenangan pling indah sewaktu kecik2 dulu, bile dpt duit raya..huhu..seronok xterkata..

tapi bukan itu yang kite kejarkan utk Aidilfitri..tu lah budak kecik namanya, y belu lagi mengenal apakah dia erti kehidupan sebenar y penuh dengan ranjau berduri..


apakah y kite hendak kejarkan dalam Aidilfitri sebenarnya?
setelah kite berpenat lelah melakukan amal ibadah kpd Allah pd bulan Ramadhan, sanggupkah kite menghilangkan nikmat beribadah kepada Allah begitu sahaja? mestilah tidak, kerana ia adalah satu kerugian yang besar.

terus istiqamah dalam melakukan amalan seharian, jgn ditinggal ayat al-quran, jgn lupe juge puasa sunat 6 pada bulan Syawal kerana besar ganjarannya. kita akan mendapat pahala ibarat berpuasa setahun, MasyaAllah, betapa sayangnya Allah pada hamba-hambaNya.

jadi, renung-renungkanlah wahai teman.

"TIADA APA YANG LEBIH BAIK DARIPADA MENGINGATI ALLAH"


wassalam :)

Sunday, August 21, 2011

:::mencari sinar perubahan:::

ALHAMDULILLAH, 
da masuk fasa ketiga Ramadhan da kita, iaitu fasa pembebasan daripada api neraka..
mcm2 peristiwa terjadi pada diri saya pada bulan Ramadhan ni,..


SUBHANALLAH, maha suci Allah,
hambaMu sememangnya lemah, maka pinjamkanlah kekuatanMu kepada hambaMu ini ya RABB!


mencari sinar perubahan??
apa perubahan tu? Alhamdulillah, saya dipinjamkan oleh Allah satu kekuatan utk melakukan perubahan y besar dlm hdup sy...
sy hrp ianya tdak terlalu drastik, tp saya akan istiqamah, INSYAALLAH!
saya pegang kata2 ni, 
"jika kita bantu dalam jalan Allah, maka pasti Allah akan menolong kita semula" :)
SUBHANALLAH, cinta yang paling AGUNG...
xdpt dibandingkan dgn cinta manusia..


walaupun sy terpaksa menghadapai beberapa ujian y Allah berikan,
tp saya tahu, ini baru sedikit..
pasti akan ada ujian y lagi besar,
saya harus bersedia...


wahai teman,
ayuhlah kita bangkit, tunaikan kewajipan kita sbg umat Islam,


BERFIKIRLAH MENGGUNAKAN HATI, JANGANLAH BERFIKIR MENGGUNAKAN LOGIK AKAL SEMATA-MATA


hanya Allah y tahu takdir kita....


wassalam...

Tuesday, August 16, 2011

:::ada bakat jd pelakon?:::

kaifahalukum ya asdiqa' :)


ASSALAM, macam mana iman kawan2 hari ni??
semoga berada dalam lindungan Allah seentiasa n smoga hati kita tetap terpelihara daripada penyakit hati..
mcm mana puasa kawan2 hari ni??sempurna atau tidak?
semoga sempurna sesempurna nya, sambil beribadah kpd Allah..


maybe mcm kelakar tgok tjuk atas tu...
saya jd pelakon??huhu,yep..
utk satu iklan program KISS y akan diadakan di UTHM,
saya jd pelakon utama = heroin, haha..mcm agak kelakar.
tp tu la realiti, tajuk dia BERSUJUD DI ATAS SEJADAH CINTA,
ala2 cerita Nur Kasih jep, haha..nama hero n heroin nye pn same..


cerita dia pun berkisarkan cinta islami antara dua org pelajar IPTA,
scene2 y ad kdg2 bole menggugat iman sy, huhu..
tp walau mcm mane pun, sy tetap berdoa agar Allah lindungi hati saya serta pelihara hati saya drp penyakit hati,..
niat saya hanya satu, iaitu utk menyampaikan mesej drp lakonan sy tu, iaitu cara dan adab y sebenarnya dlm bercinta..
everything bru je start, hbisnya pun xtawla bile..
nantikan jep k....heee



segala perkembangan akan saya post, hee..


SELAMAT BERPUASA KAWAN2 

Wednesday, August 3, 2011

:::Presentation Agama:::

ASSALAMUALAIKUM KAWAN2..

yuhuu, kawan2..maaflaa..xdpt nk attach file kat email korang..xpe2, amek kat sini je lahh...


kalau yang lain nak jugak, bole je..ambik jep...SELAMAT BERPUASA SEMUA :)

Saturday, July 23, 2011

pengalaman UTHM

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM......
Alhamdulillah, tup tap tup tap, da hmpir dua bulan da aq kat UTHM nih..mmg mcm2 aq dpt, dgn perangai kawan y bermacam ragam, dgn ada y da mula-mula mencari pasangan, dgn ada y busy memanjang ngan presentation...tambah2 pulak mmg tngah nk test ni..mmg bz...same goes to me...=) mmg memenatkan life kat u ni...tp y penting kita kena pandai jaga diri n kesihatan bdn...jgn suka tido lambat (nasihat pada diri sendiri, heee)..sejak masuk U nih, da 2kali gak aq g PKU, sbb sakit je..huhu..sakit ringan2 je, sbb Allah nk uji sikit....tp y paling best nye kat sini, sy dpt kenal ngan ramai sangat akak..y paling penting Kak Siti, dia drp IPTHO, jiran UTHM je...dia baik sgt..syg sgt kat dia....tp da lame xjmpe dia, rindu sgt....huuuu....inshaAllah, klw xde pape aral, dpt jmpe punye...tp y paling sgt2 penting y aq nk share kat sini adalah perkara yang berkaitan dgn hati, sjak masuk U ni, mcm2 pengalaman baru, termasuklah tntang hati....pernah ad org ni, cuba menyampaikan hasrat hati dia pd aq..tp senang je aq ckp, aq xteria n aq xtolak...tp buat masa ni aq xnk ad apa2...sbb aq nk blaja dulu...bahaya klw da hanyut, mmg la senang kita ckp pandai2la jaga diri tym kapel, mmg senang ckp, tp susah utk dilakukan sbb bila nafsu dah dtg, kita boleh jd hamba nafsu tu tanpa kita sendiri sedar...so better halang sebelum terlambat kan....okaylahh, setakat ni je..jumpe lg InshaAllah.... 

Tuesday, June 28, 2011

Cinta milik Allah

Assalamualaikum, saya nak cerita la kan apa yang saya rasa hari ni...saya tak tau lah kan, rasa geram sangat, mcm nak tumbuk2 jee something...

saya terfikir, kenapa Allah bagi saya rasa ni...kenapa saya jatuh hati pada dia...saya sendiri pun xde jwpnnye...sbb sy rasa mcm ada sesuatu yang special pada dia...

tp bila dah lama sikit kenal, saya rasa ada yang tak kena pada diri dia, saya mula syak sesuatu yang dia xkan benarkan sesiapa pun tahu...dalam erti kata lain, dia ada 'agenda' lain kalau berkawan ngan kitorang...

plezz la kawan, jujur n ikhlas bila berkawan boleh x...jgn putar belitkan apa yang orang rasa, kitorang rasa macam tertipu tau...apa sebenarnya yang kau nak kan daripada kitorang??aku xfaham kau....

siyes, aku sedih sgt dgn diri kau...aku terfikir, kenapa aku ditakdirkan jatuh hati pada kau...tp tu semua dah lepas da...da xkan ada lagi rasa tu pada kau...IKHLAS lahhh kawan...jgn sampai satu hari nanti, kau menyesal xsudah dgn apa yang kau da buat pada hati kitorang....

sedar diri lahhh kawan, aku sayang kau sebagai kawan sampai bila2...aku xnak kau ada simpan apa2 agenda terhadap kitorang...

:( jgnlah buat sesuatu diluar jangkaan kitorang...or i'll not accept u as my friends...salam...

Sunday, June 19, 2011

:::new mood:::

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

mungkin kita tak sedar yang sebenarnya kita da banyak ketinggalan,
tapi semalam saya dapat belajar sesuatu yang mungkin dapat mengubah nasib saya pada masa hadapan,
hasil pertolongan akak2, akhirnya saya dapat membuat satu jadual persendirian,
dan saya berharap sangat yang saya dapat mengikuti jadual itu,
sebab, saya ni kadang2 nanti ade aje hal yang saya nak buat,
itulah inilah,
tapi walauapapun saya akan senantiasa mencuba untuk mengubah nasib diri saya,
saya xnak sia2kan harapan mak n abah saya,
saya nak mereka semua gembira dengan saya, 
saya tahu, Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui apa yang hamba2nya lakukan,
permintaan saya pada Allah satu je,
agar ditetapkan hati ini untuk menuju kejayaan dan sentiasa istiqamah dalam melakukan sesuatu perkara,

saya suka ayat ni,

ONCE U CHANGE UR THINKING,
U'LL CHANGE UR LIFE.

Tuesday, June 14, 2011

hidup baru, azam baru

assalamualaikum, waalaikumussalam..hee,saya jawab sendiri..Alhamdulillah, 1 Jun yang lepas saya da selamat mendaftarkan diri di UTHM dan sekarang ni da habis pun Minggu Haluan Siswa 2011 (MHS 2011)..walaupun banyak taklimat, tp atas usaha yang akak2 n abang2 fasi lakukan, kitorang enjoy je slama orientasi tu berlangsung, dari 1jun sampai lah 8 jun 2011..lame kan..hee, tp program kitorang full mse 5hari first je, lpas tu mlmnye da free da....tetapi, ada satu peristiwa yang telah belaku pada mlm 8hb, iaitu saya telah kehilangan makcik saya yang selama dia sakit saya yang jaga dia, sedih sgt sbb sy xdpt jmpe arwah sebelum dikebumikan sbb pada pagi khamis tu kitorang kena daftar kursus, jd terpaksalah balik khamis tengahhari, tu pun lepas mak saya pujuk saya...mata mmg xbole kata da, mmg bengkak masa pagi tu...cover je la...saya mintak, sesiapa yang membaca blog saya ni, sedekahkanlah Al-Fatihah buat arwah Latipah Bte Hj Tumpang, semoga rohnya dicucuri rahmat...saya teringin nk tgok arwah sihat, tp Allah lebih sygkan dia kn...kita harus redha dgn pemergiannya...tp mungkin ada sebabnya kan knapa Allah dah tentukan sebegitu...semasa 2hb jun (hari selepas saya mendaftar, saya dpt adik sedara baru, seronok sgt)heee...tp segala2nya da tertuliskan....hari ni 13 jun 2011, saya bru je memulakan kuliah saya..Alhamdulillah, so far so goooood...first tym dpt lecture dlm bi an, tp Alhamdulillah, saya dpt biasakan diri, sbb mse cuti dok kat uma ari tu, slalu jgk tgok cite english an...okaylah,jmpe di lain hari..Salam Ukhuwah.

Monday, May 9, 2011

salam ukhuwah ;)

Assalamualaikum...
Alhamdulillah, syukur, sbb sy msih lg dbri peluang utk bernafas...
da lame xtulis blog..hee..terkena pnyakit M dan kesuntukan masa...
Alhamdulillah, lbih kurang sebulan lagi sy akan mendaftarkan diri di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dalam kos diploma kejuruteraan mekanikal...
xdela bape nak jauh sgt dri rumah,...heee....
InshaAllah, sy akan membawa pulang kejayaan yang selama ini saya impikan...
saya jelez ngan kengkawan saya yang berjaya semasa SPM dulu...I WANT TO BEAT THEM!!!
wallahua'lam...

Saturday, April 9, 2011

Menyampaikan apa yang telah disampaikan

Gambaran Hari Kiamat

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
sumber: Amar Sufi

Saturday, April 2, 2011

Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim 


 tadi saya ada baca sebuah majalah Al-Islam terbitan bulan berapa saya xingat tapi tahun 2010 punye, dan saya amat tertarik mengenai isu yang dipaparkan pada muka depan. Iaitu tentang Al-Massih Ad-dajjal yang akan menyesatkan umat Islam pada suatu masa nanti iaitu ketika kiamat hampir tiba.


bilakah keluarnya Dajjal??Wallahua'lam...sy sendiri pun tak tahu..tapi yang pasti dia sudah pun ada sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w lagi.


tetapi sekarang dia sedang diikat di sebuah kepulauan yang dikatakan Pulau Bermuda. Dia akan keluar apabila air di Tasik Tabaria iaitu di kawasan Syria Palestin kering dan mata air Zaguhar di Syria sudah tiada.

Nabi Muhammad s.a.w memberitahu bahawa Dajjal akan datang dari arah Timur yang dinamakan Khurasan dan cuma dua tempat sahaja yang tidak boleh dimasuki iaitu Mekah dan Madinah. Selangkah sahaja dia hendak memasuki tanah Haram ini, akan beratur para Malaikat dengan pedang-pedang mereka yang berkilau ingin membunuh Dajjal. 

tetapi pada satu saat akan ada seorang lelaki keluar daripada kawasan tanah Haram itu dan memberitahu kepada Dajjal bahawa dia adalah Dajjal, lalu dia dibunuh oleh Dajjal. Kemudian dia dihidupkan semula, Dajjal pun menyuruh lelaki itu mempercayainya, tetapi lelaki itu enggan, lalu Dajjal ingin membunuhnya tetapi Allah Maha Besar, Allah menyelamatkan lelaki itu daripada dibunuh.


Dajjal akan menguasai seluruh dunia kecuali Mekah dan Madina dalam masa 40 hari sahaja dengan kelajuan yang luarbiasa seperti awan yang ditiup angin. Subhanallah, sesungguhnya hanya umat Islam yang teguh imannya sahaja yang akan tetap bertahan dalam agama Allah yang suci ini. 


Dajjal akan datang di kawasan yang kering kontang, tanah tidak subur dan penduduknya kebuluran. Pada masa itu, makanan kita hanyalah zikir, takbir dan puji-pujian kepada Sang Pencipta sahaja yang akan mengenyangkan kita. Tetapi Dajjal akan cuba menguji iman kita dengan menunjukkan syurga dan neraka , yang sebenarnya syurga itu adalah neraka dan neraka itu adalah syurga. Dia akan memaksa kita mengikutinya, dan jika kita mengikutinya, dia akan menurunkan hujan dan tanah kembali subur. Jika tidak, kita akan mengalami kemarau yang berpanjangan. Ingatlah wahai teman, jangan sesekali kita terpengaruh dengan ajakan Dajjal, ingatlah, tiada yang Maha Berkuasa melainkan Allah s.a.w. Perbanyakkanlah zikir dan taubat kepada Yang Maha Esa kerana hanya Dia yang akan menyelamatkan kita di hari Akhirat nanti bukan Dajjal laknatullah.

sekian...wallahualam...

Thursday, March 31, 2011

Hey Kawan,bangun!!

sekuat mana pun jasad,
secerdik mana pun otak,
setinggi mana pun matlamat,
segalanya sia-sia tanpa semangat.
Tanpanya...
suatu iltizam akan terkapai,
suatu hasrat akan terbengkalai,
suatu mimpi akan berkecai.
Tanpanya...
cita-cita tak tercapai,
cinta tak tergapai,
Syurga hanya mampu melambai.
Tanpanya juga...
pelumba hilang pecutan,
pendaki8 hilang kecekalan,
pemburu hilang sasaran.
dipetik drp buku karangan A. Ubaidillah Alias
 
 
 
kita bukan superman yang ada super power yang boleh angkat benda berat dengan sendiri. Tapi kita adalah diri kita.
 
walauapapun yang kita dapat,itu adalah kerna usaha kita sendiri.
 
janganlah kita cepat mengalah dan berputus asa jika kita tak dapat apa yang kita inginkan, mungkin akan ada hikmahnya pada masa akan datang.
jangan kita fikir jika kita gagal, kita memang seorang manusia yang sangat tidak berguna, cekalkan hati, kuatkan tekad dan tetapkan azam! InshaAllah, kita pasti berjaya.

manusia semua sama. Perdana Menteri, para ilmuwan, jutawan, mereka tetap seorang manusia yang sama seperti kita...tetapi mereka manusia yang berusaha secara luar biasa..

kalau mereka boleh, kita pasti boleh...kan3??hehe


What would life be if we had no courage to attempt anything?
 
-Van Gogh-
Kita pasti boleh! jika kita fikir "Yes, I can do it!' ataupun "Yes,why not if I try!"...maka,kejayaan pasti menjadi milik kita...:)