Tuesday, January 31, 2012

Perkampungan Menara Gading Johor 2012



Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi. setelah pelbagai dugaan datang untuk menghadirkan diri ke PMGJ, tapi Allah dah permudahkan segala urusan saya secara xsedar.

MyEm0.Com nk kata apa ye kalau kita dapat lakukan sesuatu perkara tu for the first time ek? mesti teruja sangat kan........
agak2 ada x macam ni?MyEm0.Comhahahhahaha..yang ni terlebih teruja rasanya..kikiki..


Alhamdulillah, sy diberi peluang untuk menjadi fasi untuk PMGJ kali ni. Bertempat di Kolej Kediaman Tun Dr Ismail, UTM Skudai (da mcm kat UTHM pulak sbb sama nama kolej kediaman jiran,hehe). Da lama sangat teringin jd fasi, n now Alhamdulillah tercapai. Sebelum ni pernah jadi jugak, tapi dengan budak2 sekolah rendah jep :) comel2, hehe. yang kali ni pun comel jugak.

<3 Ar-Rahim <3

ni la adik2 group Ar-Rahim (nama kumpulan ni). dari kiri Che Ku, farhan, Abg Asshaf, Fia, sy dan Fatin. mereka sangat best sebab semuanya aktif2. pengalaman pertama jadi fasi agak nervous dan kadang2 xtersampai apa y nak disampaikan tapi Alhamdulillah, i can manage all that, insyaAllah. Perkampungan Menara Gading adalah salah satu program wajib oleh KPIJ sendiri di mana objektifnya ingin mendedahkan adik2 lepasan spm, stpm n stam tentang life di menara gading yang penuh dengan liku dan cabaran. InsyaAllah mereka dah cukup sedia untuk menghadapi segala cabaran tu. Hampir kesemua aktiviti yang dijalankan dapat menerapkan ukhuwah antara peserta, fasi dan juga kesemua penggerak program. Nak tau macam mana, jom join untuk Perkampungan Menara Gading Kebangsaan (PMGK) =)

semoga segala pengalaman dapat dikongsikan bersama sahabat-sahabat yang lain dan semoga ukhhuwah ni xkan terputus sampai bila-bila. Ukhuwah Fillah =)


Thursday, January 26, 2012

Lai Lai UTM


MyEm0.Comhai UTM! hehe, belum gerak lagi pun, tapi dah hai.


MyEm0.Comxsaba nak sampai sana tapi kenapa? hehe. Kesatuan Pelajar Islam Johor (KPIJ) ada anjurkan program Perkampungan Menara Gading Peringkat Negeri Johor. so i'll be one of the fasilitators. InsyaAllah.

MyEm0.Comsemoga saya dapat berkongsi pengalaman semasa berada di PMGK masa tahun lepas dengan adik-adik (or mybe abg2 n kakak2, sbb peserta adlh dri lpasan spm, stpm n stam) dengan sebaiknya. hehe.


Doakan saya selamat pergi dan kembali ke UTHM semula. Bismillahi tawakkaltu alallah walahaulawala quwwata illa billahi aliyil azim.

kita tak sempurna?

jawapannya YA! kita mmg xsmpurna, dari segala aspek kerana hanya Allah yang maha sempurna. Kita memang  xmaksum, kita memang xdapat jadi sebaik dan semulia nabi, tapi kita boleh menjadi yang terbaik untuk diri kita. Memang, walaupun kita bertudung labuh tutup semua, xsemestinya akhlak kita dah tip top. Tapi janganlah gunakan ayat tu untuk kalis diri kita yang masih lagi lakukan kejahilan. Ye, memang kita belum cukup sempurna. Tapi kalau kita dah tau apa maksud 'jahiliyah' tu sebenarnya, seharusnya dan sepatutnya kita cuba yang terbaik untuk tinggalkannya. Bukannya kalau kita dah tau dan ada yang menegur, kita saja je menggunakan ayat yang kat atas tu. Yup, memang kita bukan seorang yang sempurna walaupun kita dah bertudung labuh. Sebab kita masih lagi dalam 'proses perubahan'. Highlight kat proses perubahan tu, proses perubahan sama dengan proses pembelajaran. Agak-agak macam mana cara kita jika berada dalam tahap proses pembelajaran? buang yang keruh, ambil yang jernih.


kerana tudungku ini bukan sekadar menutupi, tetapi jua mengingatkan diri ini menjaga setiap gerak geri kerana akhlak itu BUNGA DIRI. Kadang-kadang kita tau dan faham tentang sesuatu perkara tu, tapi kita buat-buat xfaham sebab kita nak buat perkara tu. Orang yang mempunyai imej muslimah, selalu diperhatikan, mereka anggap bahawa orang yang berimej seperti ini dah cukup sempurna. Tapi kita memang xcukup sempurna lagi. TAPI, cubalah untuk menjadi yang terbaik. Sebab kita dah pilih jalan untuk berimej seperti ini, maka lakukanlah yang terbaik demi ISLAM. Pakaian kita menunjukkan akhlak kita, dan akhlak kita menunjukkan kecantikan kita.

Semoga apa yang saya selalu sampaikan pada kawan-kawan dan semua orang akan menjadi peringatan buat diri saya juga. Kerana saya tak mahu saya cuma 'cakap kosong', biarlah kita beramal dengan apa yang diperkatakan. Kerana itu lebih mulia disisi Allah. Wallahualam.

Thursday, January 19, 2012

:::Nota Cinta:::


wahai sang pencintaku,
datanglah,
jika kamu benar menginginkanku,
jangan kamu menyentuh hati ini,
jika kamu tidak mahukan diriku,
kerana kau hanya akan menyiksa diriku,
Ya Allah ya Tuhanku,
hanya Engkau yang maha tahu,
hanya Kau yang maha menentu,
aku hanya mampu meminta,
aku hanya mampu berkata,
tetapi aku tidak boleh memaksa,
jika itu bukan redhaMu,
Ya Allahu Ya Rabbi,
dekatkanlah hatiku dgn hatinya,
jika benar dia adalah jodohku,
tetapi jauhkanlah hati dia dengan hatiku,
jika dia bukan jodohku,
aku hanya mampu meminta Ya Allah,
aku hanya manusia yang lemah,
hanya Kau yang maha tahu,
betapa hati ini merayu,
Subhanallah,
tetapi siapalah diriku,
Astaghfirullalazim3x................


kerana diriku sayangkan dirimu........:'(

Friday, January 13, 2012

:::Pesan Imam Hassan Al-Bana:::



Masih ingatkah kamu wahai dai’e, akan sepuluh wasiat yang Imam Hassan Al-Banna tinggalkan?
1.Dirikanlah solat dengan segera apabila mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah alQur’an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus_hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi’ar-syi’ar Islam.
4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.
8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.
9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan da’wah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.
10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya

:::berlapang dada:::

dah terhantuk baru terngadah! memang sesuai dengan kita (manusia) y bermaksud lupa. Kita selalu lupa, sebab tu dah terhantuk baru terngadah. Memang lumrah la kan, tapi tak semestinya kita terus xnak berusaha untuk tidak mencuba menghilangkan sikap tu, ye dak? 


apa kaitannya dengan berlapang dada? hmmmmmmm, let me tell u the story, hehe. 


Bukan senang orang nak mempunyai sikap untuk berlapang dada, kalau orang tu tak sedar bahawa ada yang lebih berlapang dada terhadap diri dia dan juga semua orang. Siapa? Allahu Rabbana! Cuba pandang langit dan cuba cari kaki langit (penghujung langit), dan sila angkat tangan kalau anda dapat melihat kaki langit.............................................................................................................................................................



Sah! xde sape yang angkat tangan kan sebab kita memang xnmpak kaki langit tu kat mana. Apa kaitannya dengan berlapang dada? Baiklah, langit itu adalah ciptaan Allah, Tuhan yang maha Berkuasa, yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Allah ciptakan langit tu terbentang luas, sangat luas. dan perkara ini dapat di sinonimkan dgn keadaan bahawa bagaimana Allah sentiasa berlapang dada menerima SEGALA kerenah hamba2Nya yang bemacam ragam. Kadang-kadang kita baru diuji dengan sikap kawan-kawan kita, kita dah tak tahan dah. Cuba bayangkan, kita dengan kawan yang xberapa ramai sangat tu, xboleh nak berlapang dada, tetapi Allah berhadapan denga ramai hamba2Nya yang mempunyai pelbagai ragam. Yang berperangai lebih pelik drp kawan kita lagilaaa ramai. 


Ada Allah mengeluh? ada? xde kan. Ada Allah kurangkan kurniaan dy kepada kita? xde kan. Subhanallah, betapa Arrahim itu memang selayaknya. Kalau Allah mampu untuk berlapang dada dengan hamba2Nya yang lebih teruk drp kawan2 kita , kenapa kita x???? Tepuk dada, tanya diri sendiri!!


~wallahualam~