Monday, May 7, 2012

I AM SELFISH!



I’m selfish! YEAH, THAT’S RIGHT, I’m selfish! Peduli apa saya, saya memang pentingkan diri sendiri. But why? Because, I don’t want you to blame on me in Akhirat. And I don’t want you to steal my reward! That’s why I’m very selfish!


 Dan sebab tu jugak saya nak sampaikan dakwah pada orang lain. Saya sampaikan dakwah kpd orang lain sebab saya sangat2 pentingkan diri sendiri. Nanti kat akirat, ada ke orang y bermurah hati nak bg saya pahala?xde kan, nk ambik pahala org lain ada lah. Sama ada kamu terima atau tidak apa yang saya ingin sampaikan, saya peduli apa (mata ke atas, tangan di dada, huhu).


Saya xminta untuk kamu semua berubah kerana saya, tapi saya nak kamu semua berubah kerana Allah. Why? Sebab perubahan itulah yang kekal. Ustaz saya ada beritahu (xingat sama ada ni ayat Allah atau kata2 Rasulullah), tidak ada benih yang kita tanam hari ni, esok dah jadi pokok yang besar. Sama jugak macam dakwah. Kita takkan dapat hasilnya dengan hari ni cakap, besok dah jadi. Kalau macam tu senang la jalan dakwah ni. Kenapa Allah buat jalan dakwah ni susah? Ni yang Allah katakan dalam surah as-saff ayat 10-11,


“wahai orang-orang yang beriman! Mahukah kamu aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu daripada azab yang pedih? (iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui”


Liku-liku yang ada pada jalan dakwah ni lah yang Allah katakan sebagai satu perdagangan. Kita bayar dengan segala pengorbanan, iaitu pengorbanan harta dan jiwa, Allah bagi kita syurga Adn’ yang mengalir dibawahnya sungai-sungai (heh, taknak ke syurga Allah tu? Kalau taknak turun tangan).
Back to the topic. Kenapa saya sure gile nak jadi selfish? Sbb kalau saya jadi yang mudah untuk berdemokrasi (bukan pilihan raya) , ten termakan pujuk rayu, then saya dah xsebarkan dakwah, apa jadi pada saya kat akhirat nanti? X ke lalang jadinya tu?


Saya taknak, masa dibicarakan di akhirat nanti, tengah sesedap nak masuk syurga, tetibe ada suara2 sumbang yang mengadu pada Allah, “Ya Allah, kenapa Kau benarkan Faten masuk ke syurgaMu sedangkan aku tidak? Kenapa Kau biarkan orang yang tahu kebenaran tetapi tidak sebarkan kepadaku masuk ke syurga?”. Saya xsanggup nak jawab dengan “err err err”. Tapi saya nak jawab, “Ya Allah, tangan ku, lidah ku, kaki ku akan menjadi saksi penyebaran agamaMu ya Allah. Aku sudah sebarkan kepada dia, Cuma dia yang tidak mahu mendengar ya allah,”.


Dan dakwah ni sebenarnya yang akan membantu diri kita untuk melakukan perubahan. Allah ada berfirman dalam surah As-Saff ayat 2-3,


“wahai orang-orang yang beriman! Kenapa kamu tidak mengerjakan sesuatu yang kamu perkatakan? ⃝ (itu) sangatlah dibenci Allah jika kau mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan,”


Ayat ni sangat-sangat menggetarkan jiwa saya. Sangat sangat! 

1 comment:

faaizz d. zul said...

Semoga terus istiqamah!

=)