Bicara Kata

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

Dalam hidup saya, ada satu sahaja yang saya nak kan, iaitu BAHAGIA. 
Bahagia di dunia dan akhirat. banyak yang saya perlu lakukan dan saya korbankan untuk mendapatkan apa yang saya inginkan. walaubagaimanapun, apa yang paling penting adalah REDHA ILAHI.
Setiap manusia pasti akan ada melakukan kesilapan. Same goes to me . 
Saya bukan seorang yang sempurna, banyak salah dan silap yang telah saya lakukan.
Tetapi sejak saya menjejakkan kaki ke UTHM dengan niat LILLAHITAALA, Allah permudahkan jalan saya untuk mendapatkan kebahagiaan yang hakiki daripadaNya.
Bermula dengan dalaman, kemudian pada luaran.
Alhamdulillah, dengan izin Allah, segala rintangan yang mendatang saya dapat harungi dengan penuh kehambaan.
saya pegang satu kata-kata ini,
 "Manusia yang kuat adalah manusia yang  menghina dirinya dihadapan Allah"
dengan kalimah LAILAHAILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH, 
saya melangkah di atas muka bumi Allah yang penuh dengan nikmat ini.
Saya bersyukur sangat kerana saya dipertemukan dengan para mujahadah yang sangat hebat mempertahankan agama di UTHM ni.
Saya meman rasa macam rendah sangat diri ini.
Pengalaman baru saya ni, mengajar saya untuk BERFIKIR sebelum bertindak.
Mungkin belum sepenuhnya saya mampu bertindak sedemikian, tetapi saya sentiasa mencuba untuk menggunakan akal fikiran yang Allah telah kurniakan kepada saya sebaiknya.
Wallahualam...