Thursday, February 9, 2012

:::kelebihan solat awal waktu:::



Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alamMyEm0.Com. Saya rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu perkara yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dengan bidang fotografi betul tak? Dan kita pun selalu sangat lihat fenomena ni. Tapi sedar tak kita bahawa kejadian itu ada hikmah di sebaliknya? (tiap-tiap ciptaan Allah ada hikmahnya)



Pada waktu subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/ rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kal, lama-kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa)-dalam erti kata lain, jaga dalam tidur. Di sini juga kita dapat cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermula saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuh, sebenarnya sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.





Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq dan dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zuhur. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Anda rasa orang yang sakit perut ceria tak? Mesti muka macam ni kan MyEm0.Com hahahahaha.





Kemudian warna alam akan berubah kepada kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ni terpisah antara satu sama lainMyEm0.Com(faham-fahamla apa maksudnya, heee). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ini amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.





Menjelang waktu maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dulu pada waktu ini kerana banyak interference berlaku pada masa ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan dan pada frekuensi otot, saraf dan tulang.





Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di aman frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterunya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, thalamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.





Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah dikurniakan syariat solat oleh Allah s.w.t. tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t. mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya….heeee





Semoga kita sentiasa berada dalam golongan yang diredhai Allah dan berlumba-lumba untuk menggunakan nikmat Allah dengan sebaiknya. Wallahualam.MyEm0.Com

2 comments:

faaizz d. zul said...

assalamualaikum.

seronoknya dpt tahu mcm2 benefit on solat. walaupun sebelum ni kita tak pernah tahu n tak pernah didedahkan dgn hasil kajian ni semua. tapi masih nak solat sebab solat itu suruhanNya.

betullah Allah kata, Dia akan turunkan nikmat dalam cara yg manusia tak dpt bayangkan. walaupun tanpa kajian.

=)

faten^.^ said...

Alhamdulillah, sbenarnya dpt info ni drp org lain, so why not kalau kita sharing kan :)

setiap ciptaan Allah pasti akan ada hikmahnya.