Thursday, January 26, 2012

kita tak sempurna?

jawapannya YA! kita mmg xsmpurna, dari segala aspek kerana hanya Allah yang maha sempurna. Kita memang  xmaksum, kita memang xdapat jadi sebaik dan semulia nabi, tapi kita boleh menjadi yang terbaik untuk diri kita. Memang, walaupun kita bertudung labuh tutup semua, xsemestinya akhlak kita dah tip top. Tapi janganlah gunakan ayat tu untuk kalis diri kita yang masih lagi lakukan kejahilan. Ye, memang kita belum cukup sempurna. Tapi kalau kita dah tau apa maksud 'jahiliyah' tu sebenarnya, seharusnya dan sepatutnya kita cuba yang terbaik untuk tinggalkannya. Bukannya kalau kita dah tau dan ada yang menegur, kita saja je menggunakan ayat yang kat atas tu. Yup, memang kita bukan seorang yang sempurna walaupun kita dah bertudung labuh. Sebab kita masih lagi dalam 'proses perubahan'. Highlight kat proses perubahan tu, proses perubahan sama dengan proses pembelajaran. Agak-agak macam mana cara kita jika berada dalam tahap proses pembelajaran? buang yang keruh, ambil yang jernih.


kerana tudungku ini bukan sekadar menutupi, tetapi jua mengingatkan diri ini menjaga setiap gerak geri kerana akhlak itu BUNGA DIRI. Kadang-kadang kita tau dan faham tentang sesuatu perkara tu, tapi kita buat-buat xfaham sebab kita nak buat perkara tu. Orang yang mempunyai imej muslimah, selalu diperhatikan, mereka anggap bahawa orang yang berimej seperti ini dah cukup sempurna. Tapi kita memang xcukup sempurna lagi. TAPI, cubalah untuk menjadi yang terbaik. Sebab kita dah pilih jalan untuk berimej seperti ini, maka lakukanlah yang terbaik demi ISLAM. Pakaian kita menunjukkan akhlak kita, dan akhlak kita menunjukkan kecantikan kita.

Semoga apa yang saya selalu sampaikan pada kawan-kawan dan semua orang akan menjadi peringatan buat diri saya juga. Kerana saya tak mahu saya cuma 'cakap kosong', biarlah kita beramal dengan apa yang diperkatakan. Kerana itu lebih mulia disisi Allah. Wallahualam.

No comments: