Thursday, November 10, 2011

:::fikirkan yang terbaik untuk menjadi yang terbaik:::



Wahai hati-hati yang dimiliki oleh Allah, ingatlah bahawa hidupmu tidak lama. Carilah Tuhanmu sebelum Tuhanmu menjemputmu pulang ke hidup yang selama-lamanya. Beragamalah dengan sesungguhnya kerana hanya pada Dia tempat yang selayaknya untuk meminta pertolongan dan yang sepatutnya disembah. Setiap musibah yang menimpa pasti akan ada jalannya, jika dirimu benar-benar mencarinya. Bukan pada alam juga bukan pada manusia untuk kita mengadu dan berharap agar masalah kita akan selesai, kerana segala jalan penyelesaian ada pada Allah. Manusia dan alam hanyalah satu perantara yang Allah ilhamkan agar dapat mencerahkan lagi jalan penyelesaianmu itu.

Dan ingatlah ketika Tuhan kamu memberitahu,” Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya aku akan menambahkan nikmatku kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu mengingkarinya (kufur nikmat), maka sesungguhnya azab-Ku adalah keras” (Ibrahim 14:7) 







Antara IJAZAH dan RISALAH

Fokus pada apa yang anda lakukan. Andaikan anda sedang memegang satu kanta pembesar dan halakan pada satu objek, misal kata bunga. Jika kanta pembesar itu dihalakan ke arah bunga, objek apa yang kita akan nampak, mestilah bunga! Tetapi saiznya lebih besar. Mari kita sinonimkan dengan fokus. Tuliskan pada satu kertas, apakah matlamat anda. Ambil satu kanta pembesar dan halakan pada kertas itu, apakah yang anda nampak? Matlamat anda semakin membesar! Kita gantikan kanta pembesar dengan satu perkataan FOKUS. Apakah yang anda akan dapat? Fokus pada matlamat! Ya, fokus pada matlamat. Apa matlamat anda? Untuk menggenggam segulung ijazah? Fokus pada matlamatmu itu. Tetapi adakah cukup hanya sekadar ijazah? Satu perkataan lagi yang ingin saya tambah ialah risalah. Antara IJAZAH dan juga RISALAH.

 Jika diberikan ruang kotak di tepi kedua-dua perkara itu, apakah yang bakal anda tandakan? Adakah ijazah atau risalah? Jika anda berjaya menggenggam segulung IJAZAH ia adalah satu penghargaan kerana anda telah berjaya menamatkan ilmu dunia di Institusi Pengajian Tinggi. Jika anda berjaya menggenggam sebuah RISALAH pula ia adalah satu penghargaan oleh Allah kerana anda telah berjaya mendapatkan ilmu dunia dan juga akhirat. Nah, mana lagi untung? Ijazah atau risalah? Ijazah sahaja atau risalah sahaja? Ataupun kedua-duanya? Pilihlah yang mana anda hendak pilih kerana pilihan ada di tangan anda. Mungkin dengan segulung ijazah sahaja anda mampu memperoleh penghormatan daripada manusia. Tetapi lagi untung jika anda mampu menggenggam ijazah dan juga risalah kerana anda mampu memperoleh penghormatan daripada manusia dan juga daripada yang maha pengasih. Siapa yang tidak mahu memperoleh penghormatan daripada yang maha pengasih? Suatu penghormatan yang mampu menyelamatkan kita ketika berada di alam akhirat. Apabila tiba saat kita ditimbang, lalu dengan penghormatan Allah kerana kita mampu menggenggam sebuah risalah, secara automatik pintu-pintu syurga terbuka kepada kita. SUBHANALLAH.

Coretan Pengalaman

Di sini  ada satu cerita. Saya Cuma ingin berkongsi pengalaman sahaja. Semasa dalam perjalanan saya menuju ke Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru untuk mengambil sijil SPM saya, saya menggunakan pengangkutan awam iaitu bas (sebab saya cuma ada lesen motor sahaja, takkanlah nak bawak motor dari Simpang Renggam ke Johor, memang cari nahas). Semasa dalam  perjalanan ada sekumpulan warga Asing (saya rahsiakan siapa golongan tersebut) lelaki naik bas. Saya dah biasa dah dengan keadaan tu. Sebab jarang saya nampak orang Melayu yang naik bas, mungkin taraf hidup mereka lebih baik. Tapi apa yang membuatkan saya tidak biasa, sekumpulan warga Asing ini tiba-tiba menyanyikan lagu Negaraku dan juga Satu Malaysia. Saya jadi pelik, kenapa mereka bertindak sedemikian? Tak cukup dengan itu, salah seorang daripada mereka ada yang sekejap berjalan ke hadapan (di tempat saya duduk) kemudian ke belakang semula dan dia melakukannya sekali lagi. Hati ni tiba-tiba rasa takut, sebab tindakan mereka tu agak pelik. Sebelum saya memulakan perjalanan, ayat-ayat pelindung diri memang saya amalkan. Bukan untuk membangga diri, tetapi dunia luar siapa yang tahu? Macam-macam boleh terjadi. Tetapi semasa berada di dalam bas, memang zikrullah tidak henti. Betul kata Ustaz Hasrizal di dalam buku beliau, beliau takut untuk melepaskan anak-anak beliau berjalan sendirian di dunia luar kerana faktor KESELAMATAN. Dalam otak saya ni ligat memikirkan perkara-perkara yang boleh berlaku. Tapi saya tetap percaya dan yakin bahawa sesuatu perkara itu hanya akan berlaku hanya dengan izin Allah. Dan hanya kepadaNya sahaja kita boleh memohon pertolongan. HANYA DIA! Saya pujuk hati saya, kalau saya dah minta perlindungan daripada Allah, berserah sahaja kepada Dia.

Pesanan daripada saya, sama-samalah kita menjaga keamanan negara. Jangan sampai kita dijadikan patung oleh anasir luar untuk menghuru-harakan negara. Jangan sebab kita takut orang itu akan mengapa-apakan kita, maruah negara kita gadai. Sama-sama kita lakukan yang terbaik untuk negara kita. Tanamkan sifat HAMBA dalam diri kita. Erti hidup seorang hamba dengan MEMBERI. Berilah apa jua yang anda sayang kepada orang lain (maksud saya sesuatu benda, ilmu dan sebagainya) agar ia boleh dikongsi bersama untuk kebahagiaan bersama jua =).
                

No comments: