Tuesday, November 1, 2011

:::Bakal Manusia Hebat!:::








Selalu sangat kita dengar manusia hebat, manusia hebat. Tapi sebenarnya bagaimana untuk menjadi seorang manusia yang hebat? Saya terpegun dengan hasil nukilan Ustaz Hasrizal dalam bukunya Murabbi Cinta. Mungkin ada yang sudah pun membaca tentang subtopik ini. Mari kita kongsi sama-sama .


Pada zaman dunia serba moden sekarang ini, kita boleh nampak pelbagai masalah yang timbul khususnya dikalangan para remaja. Saya kadangkala gerun apabila memikirkan apa yang bakal terjadi pada masa depan saya nanti dengan sikap pemuda-pemudi sekarang ni yang banyak mengejar nafsu daripada mengejar Cinta Allah! This is a serious problem! Islam hanya terletak pada kad pengenalan tetapi bukan pada hati dan jiwa.


Disebabkan hal inilah akan terjadinya satu peristiwa di mana anak-anak yang baru meningkat remaja suka untuk membanding-bandingkan ibu bapa mereka. Bagaimana hal ini berlaku dan apa kaitannya dengan memahami Islam dengan hati dan jiwa dan juga untuk menjadi manusia yang hebat?


Saya juga seorang remaja yang sedang meningkat dewasa dan saya faham naluri remaja yang suka mencari sesuatu yang baru. Kadang-kadang kita ada juga rasa nak la pergi rumah kawan dan lagi best kalau dapat pelepasan daripada ibu bapa untuk tidur di rumah kawan. Saya faham, sebab hal ini pun pernah berlaku pada diri saya sendiri. Tetapi saya tahu ibu bapa saya tidak akan pernah membenarkannya sebab itulah didikan ibu bapa saya kepada saya adik-beradik.


"Apa masalahnya dengan tidur rumah kawan? Bukannya tidur kat disko ke pub ke yang memang sah-sah akan ada kesan yang negatif pada diri kita. Takkan itu pun tak boleh," Mungkin kita tidak sedar dalam masa kita tinggal di rumah kawan kita, pada masa yang sama kita akan ‘hidup’ sekali dalam suasana kehidupan kawan kita. Masa itulah kita dapat tahu bagaimana cara ibu bapa kawan kita mendidik anak-anak mereka. Dan di situlah bermulanya titik-titik permulaan perbandingan antara ibu bapa kawan kita dan ibu bapa kita akan bermula.


“Mak ni tak pernah nak faham saya, tak pernah nak bagi kasih sayang kat saya macam saya kecik-kecik dulu. Saya tahulah saya dah tingkatan tiga, tapi takkanlah mak dah tak nak peluk saya ke hargai saya ke. Siapa saya pada mak sekarang? Adakah sebab saya dah besar, saya dah tak dapat nak rasa tu semua. Mak B boleh je faham apa yang dia rasa. kadan-kadang kalau dia kecik hati ke, mak dia pandai pujuk dia. Tapi mak, mak buat tak endah je dengan saya,” Mungkin kata-kata ni pernah terlintas dalam hati kita. Segeralah beristighfar. Setiap ibu bapa mempunyai didikan mereka yang tersendiri. Nak tahu sebab apa Allah berikan kita ibu bapa yang berbeza-beza? Kerana Allah nak jadikan kita manusia yang hebat! Segala kekurangan yang ada pada ibu bapa kita itu hadapilah dengan bahagia dan jadikanlah ia sebagai satu pengajaran yang kita tidak akan lakukan hal yang sama pada anak-anak kita satu masa nanti.


Hadapilah situasi ini dengan seribu kesyukuran kerana Allah telah menunjukkan kita satu jalan untuk panduan dan bimbingan  kita pada masa mendatang. Bersyukurlah kepadaNya kerana kita masih lagi diberi nikmat untuk merasai kasih sayang sepasang ibu bapa, bagi yang sudah kehilangan ibu bapa, perbanyakkanlah sedekah Al-Fatihah  kepada mereka supaya roh mereka ditempatkan di tempat orang-orang yang beriman.



Sebagai manusia, kita memang tidak sempurna. Teringat saya pada kata-kata naqibah saya, “Berlapang dadalah pada ibu bapa dan juga kepada orang di sekeliling kamu dan berbahagialah dengan apa yang Allah berikan kepada kamu. Nescaya kamu akan dapat merasai betapa manisnya bahagia itu,”


“Susahlah nak berlapang dada! Habis, kalau diorang buat kita rasa sakit hati dengan perangai diorang macam mana? Sakit hati ni takkan nak disimpan aje! Kalau disimpan alamatnya bernanah hati ni tau,” Saya tak tipu kalau saya kata saya pernah bersikap sedemikian, tapi sedikit demi sedikit saya cuba untuk mengikis sikap ni dalam hati saya. Sebenarnya selagi kita berdendam, selagi itulah kita tidak akan dapat merasai bahagia. Sebab itu Islam mengajar kita supaya bersederhana. Marahlah sekadarnya, belajarlah untuk menerima agar kita menjadi seorang manusia yang hebat!    

2 comments:

Shazwan: said...

wah fatin. ade blog ea ? content yg membina. gudluk.

faten^.^ said...

terima kasih :)