Hidup ini umpama roda, KADANG-KADANG kita
di atas, KADANG-KADANG kita di bawah. KADANG-KADANG kita kuat, KADANG-KADANG
kita lemah. Setiap manusia itu tak pernah lari daripada kesalahan, termasuklah
diri aku sendiri. Kadang-kadang aku terfikir kenapa aku lambat terima hidayah
daripada Allah dan pada saat dan tika itu aku terus istighfar sebab itu semua
perancangan Allah and HE is THE BEST PLANNER EVER!
Cukup bangga untuk aku katakan, aku nak
ucapkan banyak-banyak terima kasih kat mak sebab selama ni mak yang ajar aku
untuk jadi seorang perempuan yang bermaruah. Dulu masa sekolah rendah, balik
sekolah pagi kan terus pergi sekolah petang. So nanti mak akan jemput aku kat
sekolah rendah dengan bekal makanan. Then terus pergi sekolah agama dan
bersiap2. Selalunya aku akan makan dengan kawan baik aku masa sekolah rendah. Kawan
baik aku tu selalu je bukak tudung time nak makan, then aku rasa bestnye dapat
bukak tudung. So aku pun minta kebenaran kat mak nak bukak tudung. Last2 aku
yang kena marah. Dulu rasa macam kecewa la jugak tapi xdela kecewa sangat. Then
kalau ikut mak atau abah pergi kedai, mesti pakai tudung. Nanti suruh mak
ikatkan reben, then bila da besar sikit da pandai dah ikat sendiri J. Nak cakap kat sini kan, bila dah besar, perkara tu membuatkan aku
lebih berdisiplin untuk memakai tudung sebab mak dah biasakan anak-anak dia (eh
silap, anak je sebab anak perempuan sorang je,hihi) pakai tudung sejak kecik
lagi. Sejak umur 4 tahun kot (terlupa pulak bila). Dulu memang tak nampak apa
kepentingannya tapi bila dah besar baru realize about that. So aku terfikir
macam mana aku nak didik anak-anak aku nanti.
Kalau nak cerita tentang kisah silam,
banyak sangat sedih, manis, pahit dan masinnya. Tapi apa yang nak cerita kat
sini, aku mohon pada Allah, aku berdoa pada Allah, aku merayu pada Allah. Jika PERKAHWINAN
adalah jalan yang terbaik untuk aku jaga hati aku, maka percepatkanlah ia. Jika
ia bukan yang terbaik untuk diri aku, maka bantulah aku untuk aku menghindarkan
diri daripada terjebak dengan apa jua masalah hati. Aku sendiri buntu. Tapi aku
tahu, Allah punya perancangannya yang TERBAIK untuk setiap hambanya cuma aku
tak tahu apa. Kadang-kadang aku rebah, kadang-kadang aku lemah, tapi aku
gagahkan juga kerana aku ingin dapatkan redha DIA. Aku hamba yang lemah lagi
tak berdaya.
YA ALLAH, TUNJUKKANLAH APA YANG TERBAIK
BUAT DIRI AKU.
*ini adalah rintihan seorang hamba Allah yang sedang diuji dengan masalah hati yang semakin meningkat tinggi sejak umur menjadi 20-an, Allah. aku mahu redha Allah*
No comments:
Post a Comment