Wednesday, January 9, 2013

Belajar erti kehidupan



Kadang-kadang aku pelik dengan kerenah orang yang bermacam ragam ni. Kadang-kadang ok kadang-kadang tak ok. Ada yang pendiam dan ada yang banyak mulut. Ada yang sangat prihatin dan ada yang “lantak kau la”. Heeeeeee. Seronok sebenarnya tengok perangai orang yang macam-macam ni, hehe. Tak kisah la macam mana pun kita, sikap berlapang dada itu sangat penting. Kalau tak, akan jadi haru biru dunia ni. Islam pun ada ajar kita untuk saling menghormati dan berlapang dada antara satu sama lain.


Cuba kita tengok alam ciptaan Allah ni, dengan langit yang terbentang luas, dengan pokok-pokok yang hidup subur, dengan binatang-binatang yang berbagai-bagai-bagai jenis, sambil memuji dan bertasbih kepada Allah azzawajalla. Indah kan? Cuba kita tengok pula ragam manusia, ada yang cantik, ada yang comot, ada yang hensem, ada yang ayu, ada yang putih, ada yang hitam manis, ada yang kurus, ada yang gemuk. Tapi dalam banyak2 manusia tu, banyak mana yang sentiasa ingat pada Allah? Berapa banyak yang laksanakan apa yang Allah suruh dan Allah larang? Kita pulak dalam kategori apa? Muhasabah diri kita semula. Sejauh mana kita laksanakan janji kita pada Allah bahawa kita akan jadi hamba dan khalifah kat atas muka bumi ini.


Allah bentang langit seluas-luasnya untuk menunjukkan bahawa DIA berlapang dada pada hamba-hambaNya. Kalau Allah tak berlapang dada dengan kita, bayangkan kalau kita buat salah sikit mesti Allah dah murka dan dah beri hukuman. Tapi Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Dia takkan hukum kita kalau kita mintak ampun pada Dia. Allah ni sweet sangat kan, lagi sweet drp pakwe makwe yang kengkonon tengah hangat bercinta, lagi sweet drp pasangan suami isteri dan lagi sweet drp gula-gula *hik hik hik*. Nak crita lagi sweet, Allah ada syurga yang nikmatnya kita tak pernah dengar,tak pernah terlintas dalam kepala dan tak pernah dirasa.
Renung-renungkan dan selamat beramal ;)  

2 comments:

faaizz d. zul said...

"Saya suka menelaah kelakukan manusia, mengkaji kecenderungan yang mencorakkan kehidupan manusia malah meyakini bahawa warna-warna alam sekitar hari ini adalah terjemahan kepada kemanusiaan manusia."

"Berminat dengan manusia, adalah prasyarat seorang pendakwah."

_Ustaz Hasrizal, Di Hamparan Shamrock, mukasurat 29.

***

dah baca buku ni?
series, best.

faten^.^ said...

belum baca lagi, tapi tadi baru je pegang buku2 ustaz hasrizal kat kedai buku (antaranya buku ni lah) tapi apakan daya, kewangan agak xmencukupi tadi...insyaAllah, murah rezeki memang nak dapatkan buku2 ni..sebab sekarang pun ada 3 buku sedang menunggu untuk dibaca...