Monday, October 8, 2012

PRK UTHM

Bismillahirrahmanirrahim, segala puji bg Allah tuhan semesta alam, dialah yang maha pemurah lg maha penyayang, yang menguasai hari pembalasan, hanya kepadaMu kami menyembah dan memohon pertolongan, tunjukilah kami jalan y lurus iaitu jalan orang2 yang kau kurniakan nikmat kepada mereka.


Alhamdulillah, selesai dah final exam utk sem 1 tahun 2 diploma saya. Meskipun baaanyaaaaakk sangat dugaan y dtg selama masa study week, tp tu semua y mengajar aku dan Allah tunjukkan aku siapa sebenarnya orang yang akan sentiasa ada dengan kita tak kiralah susah ke senang. 


Ok, nak cerita pasal PRK UTHM 2012 hari tu. Ditakdirkan Allah, aku menjadi salah seorang calon. Berdebarnya rasa masa tu Allah je yang tahu. Ingatkan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Sepanjang masa kempen tu banyak sangat berlaku sabotaj, dgn poster sy kena potong dan diambil. poster sy ada pada tempat orang lain. Mungkin da fikir yang saya ni akan melenting dan mengamuk tak tentu pasal, tp maaflah, xde masa sy nak rasa mcm tu semua. Then finally sy dan sahabat2 yang lain digugurkan pencalonan krn kami melakukan rakaman UCiTV. Kami dituduh krn berkempen menggunakan media elektronik sedangkan video tu tak tersebar lagi pun. Ye, mungkin silap kami tp pd masa tu UCiTV sndri beri phone number org y utk dihubungi utk urusan rakaman mpp. Kami pun tak tahu bahawa UCiTV tak diberitahu hal ini. Dan pada petang itu ada taklimat utk e-voting utk semua calon tp sy tak hadir sbb ada test. Tak sampai 5 minit, sahabat2 yang buat rakaman dipanggil utk berjumpa dgn TNC. Perbualan dgn TNC tu sy xnk uls lah sbb sy xde di situ jd saya xnk cerita benda y sy sndiri tak thu keadaannya. Tapi berdasarkan apa yang sahabat2 sy cerita, diorang diberi kebenaran utk bercakap, tp walau apa jua yang diperkatakan memang itu semua tak mampu utk membela diri mereka krn itulah yang dinamakan permainan. Macam mana kuat dan lantang pun utk bela diri, susah utk bermimpi (nk mimpi pn susah) yang pencalonan akan diterima. Last2 12 org calon digugurkan drp pencalonan.


Mengikut perlembagaan, calon boleh digugurkan selepas menerima pengakuan lisan, but the main point is, SAYA BELUM BERI APA-APA PENJELASAN LISAN PUN, tetapi dah dibuang??Astaghfirullahalazim, masa tu rasa macam maruah sy ni diletakkan kat tepi jalan je. Sedih. Marah. Kecewa. Siapa tak sedih beb? Sebolehnya saya tak nak gunakan perhimpunan sbg tanda bantahan, tapi sy terlalu sedih dan terlalu kecewa. Dan pada masa yang sama masa tu dah nak study week dan ada program yang sy kena handle. Saya malas nak cri pasal dengan orang, saya malas nak fikir tentang rasa marah saya,saya malas nak fikir tentang rasa kesedihan saya sbb saya dah nak FINAL dah masa tu. Dengan belum sentuh buku lagi. Kalau saya pergi berjumpa dengan orang yang berkenaan, adakah saya akan menerima pembelaan yang adil drp mereka? Saya malas nak mengharap krn saya tahu harapan saya tu hanya angan-angan mat jenin. Surat pengguguran saya pun saya tak ambil sbb malas nak tengok muka orang yang berkenaan. Daripada saya pergi dan mungkin saya akan rasa marah dan lepas tu saya tak boleh nak study, lebih baik saya xpayah pergi, lbih baik saya belajar.


Ya, mungkin ada yang tak setuju dgn tindakan saya ni, tapi perkara ni terjadi kpd diri saya. Misal kata saya tak boleh study, ada tak yang akan tolong saya belajar? Rasa marah saya susah nak digambarkan, tapi saya yakin, Allah sayang sangat kat saya sebab tu ujian Dia bagi kat saya berat macam ni dan saya yakin pasti akan ada hikmah disebalik semua kejadian. Alhamdulillah, memang banyak sangat hikmahnya, masa pergi jamuan raya malam buang undi, saya jadi mcm artis kejap (hehe) ramai yang tanya apa jadi sebenarnya, jadi saya pn merangkan lah perkara yang terjadi. Diorang semua menyatakan kekesalan, yela, jadi macam x adil sebab ibarat mereka menang tanpa bertanding. Saya cakap, aturan Allah buat kami adalah aturan yang terbaik dan Dia sahaja yang tahu apa yang terbaik buat kami.


Saya tak nak menuding jari dan meyalahkan sesiapa. Perkara ini jadi muhasabah diri saya semula juga. Harapan saya cuma satu, semoga Allah bukakan pintu hati orang2 yang menzalimi saya dan sahabat2 saya untuk menerima hidayah Allah, tu je. Kalau saya kata saya malas nak cari pasal dengan seseorang, saya harap orang itu pun tak cari pasal dengan saya. Islam tak ajar kita untuk membalas dendam tapi Islam ajar kita utk beri keadilan. 


Setelah apa yang terjadi kepada kami, baaaanyaaakkk sangat orang yang komen, tak kiralah komen positif atau negatif. Saya sangat respect orang yang cakna dengan isu ni dan saya xmarah kamu semua nak tuduh kami ni bangang ke tak fikir panjang ke buduh ke. Tu semua hak kamu, terpulanglah kamu nak cakap apa. Kamu sebarkan benda yang tak betul, kamu yang berdosa. Tolonglah, bukan bermakna saya redha kamu buat dosa, tapi saya harap kamu dapat buat tindakan yang bijak. Jangan hanya suka tuding jari kat orang cakap orang ni suka buat tindakan yang bodoh, tapi tindakan kamu juga adalah satu tindakan yang bodoh.

wallahualam.

No comments: