Thursday, October 11, 2012

memilih untuk mencari, carilah dengan mata hati


~Bismillahirrahmanirrahim~

Mehnah hidup sebagai seorang hamba yang hidup dlm keadaan ghuraba’. Ramai orang sekarang yang takutkan wanita yang memakai tudung labuh. Ye, saya faham kerana saya pun pernah mengalaminya. Tetapi sekarang lebih teruk ketakutan mereka tu sampaikan orang yang bertudung labuh dan solat di luar kawasan masjid (cth:tepi jalan) dilabel taksub dan ekstrem, MASYAALLAH! Disebabkan ramai yang memakai tdung labuh dan berpurdah pergi ke perhimpunan2, dan media2 banyak memomok2kan perhimpunan ini semua serta realiti masyarakat sekarang yang suka menerima maklumat daripada sebelah pihak je, jadinya permainan ni, BINGO!

Saya sedih dan sangat risau dengan diri masyarakat yang suka menerima daripada mengkaji, sbb sikap ni la yang diterapkan ke dalam diri kita sejak kita sekolah tadika lagi, sedar x? kita xdiberi peluang untuk mengkaji sendiri ilmu tapi kita dididik untuk menerima sahaja ilmu tanpa mempertikaikan ilmu tu. Sedangkan orang Barat ajar anak2 mereka mengkaji sesuatu ilmu tu sejak dari kecil lagi dan disebabkan itu orang Barat suka  mengkaji.

Apa yang saya nak sebutkan pada entry kali ini adalah TAKSUB. Dalam bahasa inggeris ianya adalah obsessed. Bagaimana orang yang taksub ni sebenarnya? Orang yang taksub ni adalah orang yang tak nak orang lain ikut benda yang tak sama dia ikut sebab pada dia benda yang dia ikut tu sahaja yang betul, yang lagi satu tak betul. Sampaikan orang lain nak kaji benda yang lagi satu pun dimarah, dibenci dan dipulau. Adil ke macam tu? Allahuakbar. Islam x ajar kita utk menerima sahaja apa yang disediakan tapi kaji dulu. Sama juga mcm makanan, kalau kita x check kebersihan makanan tu dan mcm mana ianya dimasak, kita takkan tahu kut2 ada lalat ke apa ke. Bukan bermaksud kita nak bersangka buruk pada pemberian orang, tp Islam ajar kita untuk menjaga kebersihan dan berhati-hati (kalau saya silap sila tegur).

Orang selalu cakap yang suka warna hijau ni taksub PAS lah, yang merah ni UMNO lah. Warna2 tu xsalah, yang salahnya ialah kita yang label sampai macam tu. Kalau sampai kita nak gunakan warna hijau full dilabelkan sebagai taksub PAS, siapa yang taksub sebenarnya? Dan kalau kita nak guna warna merah full dilabelkan sebagai taksub UMNO, siapa yang taksub sebenarnya? Bagi saya xde masalah kita nak pakai warna apa pun,tapi kalau dah sampai dilabel macam tu, saya rasa bukan orang yang memakai yang taksub tapi orang yang melabel tu yang taksub sebenarnya. Cuma dia xsedar,tu je.

Saya bukanlah nak menaikkan kemarahan sesiapa, tapi saya marah sebab orang sekarang suka cakap tapi xfaham maksud. Pasal wasatiyyah pun sama, sampai tersalah guna disebabkan pengaruh media! NAUZUBILLAH. Saya bukanlah yang terbaik untuk menyampaikan, tapi saya rasa banyak virus dalam masyarakat yang perlu dibetulkan dan saya hanya menyampaikan apa yang saya faham. Jika ada kesilapan dalam kata-kata saya, silalah tegur.

Yang baik datangnya daripada Allah dan yang buruk datangnya daripada saya sendiri. Wallahualam.

No comments: