Saturday, December 31, 2011

:::Surat Cinta untuk Bonda:::



kehadapan bonda yang ku sayangi lagi dicintai,
mungkin dikau memerlukan masa untuk menerimaku,

tetapi,
ingin ku memberitahumu bonda,
bahawa apa yang ku lakukan adalah untuk menjadi yang terbaik untuk dirimu dan juga ayahanda,
bahawa diriku amat menyayangi dirimu dan ayahanda,
bahawa diriku sentiasa berharap dikau menerimaku seadanya,
bahawa diriku amat menghargai segala nasihatmu,
bahawa diriku mengharapkan redhamu selagi apa yang ku lakukan adalah perkara yang baik,
bahawa diriku selalu berusaha untuk menjadi anak dan kakak yang terbaik,

tetapi,
lumrah seorang manusia bahawa tiada yang sempurna,
hari-hari diriku berasa sangat kecewa dengan diriku sendiri,
kerana aku tak mampu untuk memberikan yang terbaik untukmu,

Islam mengajar kita untuk bersederhana,
tetapi,
aku ingin untuk mendalami Islam secara sempurna,
bukan bermaksud sebelum ini tidak sempurna,
aku tidak yakin bahawa apa yang diriku amalkan sebelum ini,
mampu untuk membelaku diakhirat nanti,
izinkan diriku untuk jadi yang terbaik untukmu dan juga agama,
redhakan diriku wahai Bonda,
hanya itu harapanku jika aku tiada lagi di dunia ini Bonda,

pengalaman silam mengajar diriku untuk menjadi yang lebih baik,
bukan bermakna tudung labuh ini menunjukkan bahawa diriku seorang yang sempurna,
tetapi,
ia adalah sebagai sesuatu yang mampu menjaga akhlak ku,
kerana akhlak itu bunga diri.

U are the one that I love most,
U are my inspiration,
U are my strength,
U are the one who give born for me,
I will not be able to breath like today without ur love,
U are the best mom that I ever had,
Because u are the only one mom,
I just want to see u happy,
Not to make u feel uncomfortable,
But to make u much2 comfortable in Jannah, InsyaAllah.



Tertanam naluri keibuan amat mendalam 
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan 
Oh... ibu 

Di bahumu tergalas beban 
Perjalananmu penuh rintangan 
Kau titipkan kasih sayang 
Sejujur pengorbanan 
Tak ku nafikan 

Di saat kita berjauhan 
Rasa ingin ku berlari 
Mendakapimu penuh girang 
Bak si kecil kehilangan 

Kau insan penyayang 
Betapa ku merindu 
Lembutnya belaian ibu 
Membuatku terlena 

Di wajah terlukis tenang 
Debar di dada kau rahsiakan 
Ku pastikan dikau aman 
Dikurnia sejahtera 
Tak ku lupakan 

Di saat kita berjauhan 
Rasa ingin ku berlari 
Mendakapimu penuh girang 
Bak si kecil kehilangan 

Tiada aku tanpa ibu 
Hanya (kau) satu didunia 
Bertakhta dikau dijiwaku 
Kau lah ibu yang tercinta 

Kau insan pengasih 
Betapa aku mengharap 
Hadirnya restumu ibu 
Membawaku ke syurga 

Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan 
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu 
Oh... Ibu

No comments: