Sunday, April 22, 2012

:::the day that i will remember!:::



ALHAMDULILLAH! ALHAMDULILLAH!  ALHAMDULILLAH! MASYAALLAH! MASYAALLAH! MASYAALLAH! SUBHANALLAH! SUBHANALLAH! SUBHANALLAH!

Tiada kata seindah bahasa untuk menggambarkan betapa gembiranya hati apabila ulama yang sangat disegani dan disayangi, yang paling penting, daripada keturunan Rasulullah sendiri, datang ke bumi UTHM! Saat paling indah apabila nampak Habib Umar Al-Hafiz keluar daripada bahagian mimbar masjid. Walaupun saya hanya mampu lihat di skrin sahaja (sebab muslimat xbole naik atas sebab da reserve untuk Muslimin sahaja) so itu je lah yang saya mampu lakukan. Rehlah Dakwah Habib Umar Al-Hafiz ke Malaysia telah sampai di bumi UTHM pada 19/4/2012 yang lepas.


Habib Umar bin Al-Hafiz adalah ulama daripada keturunan Rasulullah iaitu daripada puteri Rasulullah sendiri, Fatimah r.a.. Sungguh! Masa saya terbaca tentang salasilah keluarga beliau, saya rasa SUBHANALLAH! Gembiranya hati ni, hanya Allah yang tahu. KETURUNAN RASULULLAH, saya sedang berhadapan dengan keturunan Rasulullah! Saya tak pernah jumpa dengan Rasulullah, tapi Allah dah tentukan bahawa diri saya dah termaktub di luh mahfuz bahawa saya akan berjumpa dengan keturunan baginda. Syukur tak terhingga hingga mampu menitiskan air mata. Ya Rahman, Ya Rahim, aku rindukan kekasihMu ya Allah. Berikanlah diriku kesempatan untuk berjumpa dengan kekasihMu ketika di akhirat nanti ya Allah.

Apabila saya lihat wajah Habib Umar itu sendiri,  saya dapat rasakan satu ketenangan dalam jiwa ini. Saya mahu jadi seperti Habib. Hadirnya beliau pada masyarakat memberi 1001 pengajaran buat diri semua orang. Beliau datang ke Batu Pahat sempena memperingati hari kematian Habib Ali bin Jaafar (juga daripada keturunan Rasulullah, tapi saya tak dapat nak pastikan Habib Ali Jaafar dengan Habib Umar ni bagaimana pangkatnya, yang penting mereka sama keturunan) Habib ali Jaafar tinggal di Batu Pahat, Johor (seriously, saya baru tahu ada keturunan Rasulullah di Malaysia) KENAPA TAK PERNAH ADA YANG MEMBERITAHU SAYA? Ya, sebab media banyak tunjukkan artis-artis baru tapi bukan ULAMA-ULAMA BARU!  

Walau bagaimanapun, saya tetap amat-amat bersyukur kerana Allah pilih saya untuk berjumpa dengan beliau, meskipun tidak dapat bertemu secara empat mata dengan beliau tapi saya tetap bersyukur. Tapi apa yang lagi best masa Rehlah Dakwah hari tu, RAMAI SANGAT Muslimin yang pakai jubah putih dan berserban. Dengan wangian minyak atar dan minyak-minyak yang datang dari Mekah rasanya, sebab baunya sangat kuat dan wangi. Saya terasa seperti berada di syurga dunia (syurga Allah adalah yang tidak pernah nampak di mata, yang tidak pernah dengar di telinga dan yang tidak pernah terlintas di hati, sangat INDAH!)


Banyak pesanan yang habib bagi, dan yang pasti air mata ni tak henti mengalir daripada first habib cakap sampailah akhir. Sangat-sangat menyentuh perasaan. Dan apabila Habib bacakan doa “serulah nama Allah” aku rasa Allah sedang pandang diriku. Allah sedang “zoom” pada setiap diri yang ada pada malam itu, bahagia sangat. Maaflah, saya tak mampu nak gambarkan dengan kata-kata akan perasaan ni. kat sini ada link video masa Habib Umar datang UTHM hari tu. Semoga kita sama-sama menerima manfaat daripada perkongsian ini. Wallahualam.   

~AKU SANGAT RINDUKAN DIRIMU WAHAI RASULULLAH~


No comments: