Monday, March 19, 2012

Kem Soleh Kids 2


Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi, atas limpah dan kurnianya, akhirnya, Kem Soleh Kids 2 anjuran Kesatuan Pelajar Islam Johor (KPIJ) serta anjuran bersama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Muar dan masjid parit Kadhi, Muar dapat berlangsung dengan jayanya walaupun kekurangan kekuatan. Saya pn smpai lambat jugak masa tu, tapi yang penting selamat sampai kat masjid Parit Kadhi, Muar. mula2 ingatkan nak gerak hari jumaat petang tu lpas habis paper pkul 5 tapi kak fatimah kata dia risau pulak, so saya dn sahabat saya bergerak pg hri sabtu...ni first time nk jadi fasi utk adik2 sekolah rendah yang berumur sekitar 7-12 tahun. Tapi y paaaaling comel adlah ad seorang budak kecik y berumur 6 tahun, nama dia Muhd Zaki Irfan b Abd Raman. Budak ni sgtlah comel dan cerdik, untung betul parents dia dapat dia, insyaAllah, semoga dia akan jd anak y soleh bila besar nanti.

kalau handle program adik2 sekolah menengah, fizikal mmg kene kuat, tapi mental xdela bnyak sgt kena guna. Tapi bila part kena jaga adik2 sekolah rendah ni, memang dua2 sekali kena guna, huhuhu. memang penat. Sampai2 je sy kat sana, trus dpt briefing drp abg Ali Emran n trus pilih kumpulan mana y saya n shabat sy nak. Then sy choose nk ngan adik2 y berusia 6-9 tahun. Sebab apa saya pilih diorang? Sebab diorang masih kecik dan sy xde adik sekecil itu, dan ini adalah salah satu peluang untuk mengajar saya erti SABAR, huhuhuhu. Bukan senang nak jaga budak kecik ni.

Hari pertama Alahmdulillah oke. Dengan menekankan 3 teras hidup Islam iaitu akidah, ibadah dan akhlak, program dapat dilaksanakan dengan baik. Bilangan peserta semua hanya sekitar 25 orang sahaja. Namun begitu, walaupun 25 org SAHAJA, riuh da macam 50 orang. Dengan adik Zaki y berumur 6 tahun tu suka main lari2, heishh, pening2. tapi xpe, SABAR. Hari pertama, da nampak sikit da ragam diorang, nak2 y adik2 kumpulan saya. Ada y dengki kawan lah, marah kawan lah, sampai ada kawan y merajuk. Hari kedua hari paling genting, sbb pergaduhan dalam ahli kumpulan tu berjaya menimbulkan satu persengketaan bila nak jalankan aktiviti. Sebab besarnya adalah, nak duduk sebelah kak faten diorang ni ha (xtaula apa y ada kat akak dia ni sampai semua berebut nak duduk sebelah, hoho). Now I'm realize, children need attention n love, not money or whatsoever. Abg Ali ckp, kalau budak2 ni xdengar kata, gunakan nilai sentimental, hah, apa lagi, terpaksa lah akak fasi diorang ni menangis depan diorang sbb nak diorang berbaik semula. Setelah dipujuk xjalan, bila geram, marah la jugak sikit, tapi makin menangis pulak budak tu dan daripada budak tu makin nangis, jadi biarlah akak fasi diorang y nangis. huhuhuhu..tacing sungguh masa tu.

Banyak perkara yang saya belajar (InsyaAllah, utk kegunaan bila dapat anak nanti). Tapi part y paling sweet ialah bila adik y sy pujuk tu, xsmpai 1 jam da balik rumah, dia call sy dengan keadaan menangis dan menyatakan bahawa dia rindu sy T.T terharu sungguh masa tu. Alhamdulillah, terkesan jugak hati2 diorang ni.


ni la adik Zaki Irfan :)


main apa ni kak ika?huhu

peserta paling kecik jadi tumpuan adik2 peserta y lain

Antara adik2 y mengikuti program
akhir kalam, semoga apa yang ingin kami terapkan dalam program ini, semoga adik2 dapat lakukannya sebaik mungkin dan ingat pesanan kami ^.^. Wallahualam.
  

2 comments:

faaizz d. zul said...

Tahniah semua yg terlibat!

*video takde ke? nak tengok video*

faten^.^ said...

syukran..hahaha, kamera xdpt nk tlg la, sbb kekurangan tenaga kerja...n kamera y ad pn, asyik xde bateri je...sedih2..tu y kena ambik gmbar gne fon y 'canggih' ni...