Saturday, April 2, 2011

Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim 


 tadi saya ada baca sebuah majalah Al-Islam terbitan bulan berapa saya xingat tapi tahun 2010 punye, dan saya amat tertarik mengenai isu yang dipaparkan pada muka depan. Iaitu tentang Al-Massih Ad-dajjal yang akan menyesatkan umat Islam pada suatu masa nanti iaitu ketika kiamat hampir tiba.


bilakah keluarnya Dajjal??Wallahua'lam...sy sendiri pun tak tahu..tapi yang pasti dia sudah pun ada sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w lagi.


tetapi sekarang dia sedang diikat di sebuah kepulauan yang dikatakan Pulau Bermuda. Dia akan keluar apabila air di Tasik Tabaria iaitu di kawasan Syria Palestin kering dan mata air Zaguhar di Syria sudah tiada.

Nabi Muhammad s.a.w memberitahu bahawa Dajjal akan datang dari arah Timur yang dinamakan Khurasan dan cuma dua tempat sahaja yang tidak boleh dimasuki iaitu Mekah dan Madinah. Selangkah sahaja dia hendak memasuki tanah Haram ini, akan beratur para Malaikat dengan pedang-pedang mereka yang berkilau ingin membunuh Dajjal. 

tetapi pada satu saat akan ada seorang lelaki keluar daripada kawasan tanah Haram itu dan memberitahu kepada Dajjal bahawa dia adalah Dajjal, lalu dia dibunuh oleh Dajjal. Kemudian dia dihidupkan semula, Dajjal pun menyuruh lelaki itu mempercayainya, tetapi lelaki itu enggan, lalu Dajjal ingin membunuhnya tetapi Allah Maha Besar, Allah menyelamatkan lelaki itu daripada dibunuh.


Dajjal akan menguasai seluruh dunia kecuali Mekah dan Madina dalam masa 40 hari sahaja dengan kelajuan yang luarbiasa seperti awan yang ditiup angin. Subhanallah, sesungguhnya hanya umat Islam yang teguh imannya sahaja yang akan tetap bertahan dalam agama Allah yang suci ini. 


Dajjal akan datang di kawasan yang kering kontang, tanah tidak subur dan penduduknya kebuluran. Pada masa itu, makanan kita hanyalah zikir, takbir dan puji-pujian kepada Sang Pencipta sahaja yang akan mengenyangkan kita. Tetapi Dajjal akan cuba menguji iman kita dengan menunjukkan syurga dan neraka , yang sebenarnya syurga itu adalah neraka dan neraka itu adalah syurga. Dia akan memaksa kita mengikutinya, dan jika kita mengikutinya, dia akan menurunkan hujan dan tanah kembali subur. Jika tidak, kita akan mengalami kemarau yang berpanjangan. Ingatlah wahai teman, jangan sesekali kita terpengaruh dengan ajakan Dajjal, ingatlah, tiada yang Maha Berkuasa melainkan Allah s.a.w. Perbanyakkanlah zikir dan taubat kepada Yang Maha Esa kerana hanya Dia yang akan menyelamatkan kita di hari Akhirat nanti bukan Dajjal laknatullah.

sekian...wallahualam...

No comments: