Saturday, January 29, 2011

hidup harus ada perubahan..

sudah jadi lumrah hidup kita untuk agar selalu mengubah diri kita daripada yang kurang baik kepada yang baik dan daripada baik menjadi yang lebih baik.....setiap manusia memang akan melakukan kesilapan,sama ada kita sedar atau tidak,sama juga seperti saya...walauapapun,kita mesti ingat bahawa Allah tidak akan mengubah nasib hambanya selagi kita sendiri tidak mengubah nasib kita....kadang-kadang kita terfikir bahawa apa yang kita lakukan semuanya betul,dan orang lain yang salah...tapi pernah tak kita terfikir bahawa orang lain yang melihat apa yang kita lakukan?dan mereka mempunyai penilaian mereka...mereka mempunyai hak untuk menegur kita,mereka ingin kita mengubah sikap kita,tetapi alangkah sedihnya apabila teguran itu menjadi bahan cemuhan kita,Nauzubillah...tidak ada akal fikirankah kita?jika ada,di mana akalnya sehinggakan teguran bertukar cemuhan...tidakkah kita mempunyai hati dan perasaan sebagai seorang manusia?tidakkah kita terfikir apa yang mereka rasa?memang itu adalah hak kita untuk terima atau tidak...tetapi kita sebagai orang Melayu dan juga beragama Islam yang kaya dengan adat,kita seharusnya lebih rasional dalam melakukan sesuatu tindakan agar tidak ada hati yang terguris...

No comments: